web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Along Ditahan, Terlibat Simbah Cat, Khianat Di 6 Negeri

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Oct 2024 1:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket along atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri selepas menahan empat lelaki tempatan dalam siri serbuan di negeri itu, Kedah, dan Perak pada 17 Oktober lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati sindiket ini disyaki terlibat dalam jenayah khianat, termasuk menyimbah cat dan melakukan khianat dengan api di beberapa premis perumahan di sekitar Pulau Pinang.

"Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pulau Pinang telah melancarkan operasi besar-besaran terhadap sindiket along ini yang dipercayai menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen. Dalam operasi tersebut, kami berjaya menahan empat lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun di beberapa lokasi berasingan di Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

"Sindiket ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tanpa lesen yang melibatkan along tempatan serta pinjaman wang dalam talian, di samping melakukan jenayah khianat seperti menyimbah cat dan membakar," katanya hari ini.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis berjaya merampas beberapa barang kes penting, termasuk set daftar perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen, buku cek, buku catatan yang mengandungi senarai nama peminjam, empat telefon bimbit, dan sebuah kereta.

Hamzah berkata hasil siasatan awal mendapati empat lelaki yang ditahan itu mengaku terlibat dalam 27 kes simbah cat dan khianat dengan api yang melibatkan enam negeri, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Melaka.

Katanya pemeriksaan ke atas telefon bimbit yang dirampas turut menemui 24 rakaman video jenayah simbah cat dan khianat yang direkodkan oleh suspek-suspek semasa melakukan perbuatan tersebut di lokasi berasingan.

"Semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 427, 435 dan 436 Kanun Keseksaan serta Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951," katanya.

Beliau berkata polis Kontinjen Pulau Pinang turut menasihatkan orang ramai agar membuat laporan polis sekiranya diganggu atau menerima ugutan daripada mana-mana along supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 18 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 19 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad