web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jul 2024 10:05PM

Gambar IPK Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan makmal memproses heroin serta syabu selepas menahan empat lelaki bersama pelbagai jenis bahan terlarang itu bernilai RM178,500 dalam siri serbuan di daerah Timur Laut di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik lou Pejabat Polis Kontinjen negeri telah melancarkan operasi terancang dan menyerbu beberapa lokasi bermula 9.05 pagi hingga 9.30 malam.

Beliau berkata dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 59 tahun di parkir sebuah kawasan perumahan di George Town, yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dan merampas 115 gram (g) heroin bernilai RM920 bersama suspek.

"Hasil soal siasat ke atas lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan sama dan pemeriksaan mendapati satu daripada bilik di situ dijadikan makmal memproses dadah oleh sindiket yang diketuai suspek tersebut.

"Polis merampas heroin base sebanyak 377g bernilai RM32,500, heroin 1,474g (RM11,792), syabu seberat 4,099g (RM132,000) dan kafein 3,474g (RM1,200) serta pelbagai barangan untuk memproses dadah jenis syabu dan heroin di situ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata susulan serbuan itu, polis menahan tiga lelaki warga emas berusia 60 hingga 62 tahun dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah tersebut dalam serbuan di lokasi berasingan di kawasan Air Itam dan Bandar Baru serta merampas dua peket plastik heroin seberat 10.1g bernilai RM88.

Beliau berkata susulan penahanan keempat-empat lelaki yang tidak bekerja itu, polis menyita sebuah kereta jenis Chevrolet dan motosikal Honda Dash yang kesemuanya bernilai RM8,700.

Hamzah berkata ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada lelaki itu positif dadah dan semakan juga mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

"Kesemua mereka kini direman tujuh hari hingga 19 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Siapa Pilihan Pengundi?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan