web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2024 8:28AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Kejadian membabitkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang (JKDM) yang cedera parah tertembak diri sendiri dipercayai berlaku ketika mangsa mahu mencuba pistol jenis CZ sebelum tertekan picu, dalam insiden 11 Jun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata ia berdasarkan keterangan yang direkodkan daripada pegawai lelaki berusia 42 tahun itu, yang ketika kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), dekat sini.

"Polis merekodkan keterangan pegawai itu di HSJ pada 19 Jun lepas dan berdasarkan keterangannya dia mendakwa pada hari kejadian, telah meminta pistol jenis CZ milik rakannnya untuk melihat dan mencuba senjata api tersebut.

"Pegawai tersebut ingin tahu bagaimanan senjata jenis CZ itu berfungsi dan pada masa itu mangsa telah tertekan picu sebelum tertembak diri sendiri," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad. – Gambar BERNAMA
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad. – Gambar BERNAMA

Hamzah berkata selain keterangan daripada mangsa, polis juga merekodkan keterangan daripada tiga individu iaitu saksi yang juga pemilik senjata itu, pengawai senjata dan seorang anggota kastam yang berada di tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan sedar, stabil dan boleh berkomunikasi dengan baik selain siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan 326 Kanun Keseksaan.

Bernama pada 11 Jun lepas melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dipercayai tertembak diri sendiri membabitkan seorang pegawai JKDM Pulau Pinang ketika mahu menghadiri latihan menembak di jabatan itu di Seberang Jaya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

2

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM