web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 8:08PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (kanan) ketika sidang media mengenai Pelaksanaan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Kementeriannya hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembangunan projek itu telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) serta Penilaian Kesan Sosial (SIA) selepas SRS Consortium Sdn Bhd (SRS) melaksanakan kajian teknikal dan reka bentuk awalan.

"Semua ini sudah pun diambil pertimbangan semasa kajian awal dilaksanakan sebelum ini dan seperti yang saya katakan, EIA sudah pun dibuat.

"Sudah tentu kawasan yang sensitif (kawasan warisan UNESCO) perlu diambil kira dan diberi pertimbangan sewajarnya. Sudah tentu ia akan diberi perhatian khusus," katanya bagi mengulas mengenai kesan projek itu terhadap bandar Georgetown.

Georgetown disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2008.

Terdahulu, Loke mengumumkan mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lalu telah meluluskan cadangan pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dan kerajaan Persekutuan mengambil alih projek itu daripada kerajaan negeri.

Jarak jajaran LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang dianggarkan sepanjang 29 kilometer itu akan bermula dari Pulau Silikon ke Komtar dan menyeberang ke Penang Sentral di Seberang Jaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

2

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Sukan 17 minit yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan