web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 4:36PM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Bagaimanapun, beliau berkata, hal itu tertakluk kepada keputusan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana projek tersebut di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya kerajaan negeri.

"Projek (teksi air) ini adalah adalah inisiatif oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebab itu perkhidmatannya hanya disediakan di bahagian pulau.

"Tambahan projek ini baru di peringkat percubaan dan belum mula lagi, jadi, kita tak tahu bagaimana maklum balas daripada pengguna, tetapi, sekiranya terbukti ada sambutan mungkin boleh dipertimbangkan, namun ia bergantung kepada MBSP yang bertanggungjawab di bahagian Seberang Perai," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Memasak Bubur Lambuk di Masjid Jamek Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Chow mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mencadangkan supaya perkhidmatan feri air turut diperluaskan ke Seberang Perai kerana kawasan itu juga berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

Media pada Disember lalu melaporkan perkhidmatan teksi air yang pertama dan lengkap di negeri ini dijangka memulakan perkhidmatan tahun ini sebagai alternatif perkhidmatan pengangkutan yang mudah dicapai orang awam di kawasan pulau.

Perkhidmatan teksi air adalah sebahagian daripada rancangan yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. -
BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 3 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman