web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RENN Asia Wellness Dan Care Concierge Memudahkan Akses Kepada Rawatan Strok

Ceramah sempena Hari Strok Sedunia yang dianjurkan oleh RENN Asia Wellness dan Care Concierge baru-baru ini mendedahkan faktor risiko strok yang tersembunyi

Gaya Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2024 1:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 50 individu termasuk warga emas dan penjaga pesakit strok baru-baru ini telah mempelajari cara mengurangkan faktor risiko tersembunyi strok, selain daripada faktor umum seperti kolesterol, tekanan darah tinggi, dan kandungan gula dalam darah.

Ceramah kesihatan ‘Fear Factors of Stroke – How to Overcome Them’ diadakan di Care Concierge Clubhouse di Jaya One itu diadakan sempena sambutan Hari Strok Sedunia hari ini.

Program ini dianjurkan oleh pakar penjagaan warga emas, Care Concierge, dengan kerjasama RENN Asia Wellness dan disokong oleh Persatuan Kebangsaan Stroke Malaysia (NASAM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Care Concierge, Martin Yap, program ini turut menandakan permulaan kerjasama dengan RENN Asia Wellness, Pakar Perubatan Nutrisi dan Fungsian (NFM) yang terbukti berkesan secara saintifik. 

“Kerjasama ini selaras dengan misi kami untuk memudahkan akses kepada rawatan strok tambahan, sama ada di rumah pesakit atau di sembilan Pusat Penjagaan dan Pemulihan Berbantu kami di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang,” katanya.

CEO dan pengasas RENN Asia Wellness, Jonathan Chew pula berkata, pihaknya akan menyediakan perkhidmatan dan kepakaran Perubatan Fungsian secara berkala untuk menyokong penjagaan pesakit strok di Care Concierge Lembah Klang.

“Inisiatif yang diperkenalkan oleh Care Concierge ini adalah langkah yang baik dalam menawarkan perkhidmatan NFM kepada pelanggan mereka, yang menunjukkan komitmen terhadap standard penjagaan yang tinggi dan kecemerlangan perkhidmatan.

“Kami yakin rawatan yang diperibadikan dan terbukti berkesan ini akan memberikan manfaat besar dalam rawatan dan penjagaan pesakit strok,” kata Jonathan.

Martin berharap program tersebut yang menerima sambutan yang menggalakkan daripada peserta, akan menjadi permulaan kerjasama yang produktif antara kedua-dua pihak.

Beliau turut menyatakan bahawa keperluan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pencegahan strok adalah amat penting, berikutan peningkatan penyakit tidak berjangkit akibat gaya hidup dan pemakanan di Malaysia.

Care Concierge, sebagai pakar penjagaan warga emas, sangat prihatin terhadap kejadian strok yang mana kira-kira 40 peratus daripada kesemua kes strok di Malaysia melibatkan individu berusia 65 tahun ke atas.

Ceramah yang disampaikan oleh Jonathan mengetengahkan faktor risiko yang kurang diketahui umum seperti ketegangan arteri dan kandungan ferritin serta homosistein dalam darah. 

“Orang ramai sedia maklum tentang risiko kolesterol, tekanan darah, dan kandungan gula dalam darah. Namun, masih ada faktor tersembunyi lain yang terbukti menyumbang kepada penyakit strok. 

“Kami ingin memberi pencerahan tentang risiko ini serta menawarkan nasihat dan membantu mengatasinya. Ramai yang bimbang tentang risiko strok, terutama jika ada sejarah penyakit jantung dalam keluarga, namun mereka tidak pasti bagaimana untuk mengurangkan risiko tersebut. Saya berharap ceramah ini telah memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para peserta," tambahnya.

Jonathan turut menyatakan bahawa RENN Asia Wellness akan terus bekerjasama dengan Care Concierge untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai isu kritikal ini serta kesihatan secara keseluruhan.

“Gabungan perubatan NFM kami, yang memfokuskan kepada rawatan regeneratif semula jadi yang terbukti berkesan serta kepakaran Care Concierge dalam penjagaan warga emas akan meningkatkan kualiti hidup pesakit strok dengan ketara.

“Kerjasama ini bertujuan menyediakan penjagaan yang khusus, memastikan warga emas menerima rawatan perubatan terbaik, sama ada di rumah mereka sendiri atau di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Berbantu seperti Care Concierge,” katanya.

Pengarah Bahagian Rehabilitasi di National Stroke Association of Malaysia (NASAM), T. Kathiravan, turut berkongsi tentang usaha pemulihan yang dijalankan oleh NASAM, sambil menekankan pentingnya sokongan dan langkah pemulihan yang berterusan.

“Menurut statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, strok adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia pada tahun lalu. Dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’, strok perlu diberi perhatian serius.

“Misi kami di NASAM adalah untuk meningkatkan kesedaran bahawa strok boleh dicegah. Pemulihan awal dapat mengurangkan kebergantungan jangka panjang, dan pesakit masih boleh menjalani kehidupan yang berkualiti selepas strok.

“Kami bertanggungjawab untuk memberitahu masyarakat bahawa masih ada harapan untuk hidup berkualiti selepas strok melalui rawatan pemulihan yang tepat, serta untuk mempromosikan cara pencegahan strok,” jelasnya.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Perubatan Komplementari dan Alami Malaysia (FCNMAM) serta Persatuan Pengamal Perubatan Nutrisi dan Fungsian Malaysia, Datuk Seri Steve Yap untuk menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara kedua-dua pihak dan berucap mengenai ‘Perubatan Nutrisi & Fungsian dalam Pencegahan Strok’. - Getaran, 29 Oktober 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 minggu yang lalu

Kalau Tak Nak Tulang Rapuh, Jaga Dari Awal

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Yukazan Rai Pelantikan Mark Tuan Sebagai Duta Dengan Kotak Eksklusif Mark Tuan X Yukazan

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia