web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sumbangan Untuk B40 India Jempol:  ‘Mereka Tidak Pernah Dipinggirkan’ - Murty

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2024 1:15PM

Jalaluddin Alias (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima - Gambar Makkal Sakti

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL - Komuniti India khususnya dari kelompok B40 sememangnya tidak pernah dipinggirkan, walaupun ada suara sumbang mendakwa golongan itu seakan diabaikan kerajaan.

Menafikan tanggapan tersebut, lebih 500 komuniti B40 sekitar Jempol di sini diraikan dalam satu majlis khusus, sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang minggu hadapan. 

Ketua Bahagian Makkal Sakti Jempol, Murthy Kumaran berkata, kesemua mereka selain diraikan, turut menerima bantuan berupa barangan keperluan harian dan makanan. 

Bertempat di Dewan Besar Kampung Taman Jaya, majlis terbabit turut dihadiri Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, merangkao Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan. 

Murty berkata, acara tersebut adalah antara inisiatif kerajaan MADANI yang menerima sokongan pemimpin negeri, khusus mengetengahkan kesukaran dilalui kelompok terlibat. 

“Saya memang amat bersyukur kerana usaha mengetengahkan masalah dihadapi komuniti India B40 di Jempol ini menerima perhatian. 

“Antara usaha awal Makkal Sakti bersama pemimpin setempat termasuklah mengenal pasti identiti keluarga B40 berkenaan,” katanya kepada Getaran. 

Murty Kumaran (tengah) mengiringi Jalaluddin Alias (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima - Gambar Makkal Sakti
Murty Kumaran (tengah) mengiringi Jalaluddin Alias (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima - Gambar Makkal Sakti

Jelas Murty, identiti mereka perlu disahkan supaya bantuan yang diberi disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak. 

“Kita tidak mahu bantuan diterima pihak yang salah sehingga menyebabkan penerima yang layak tercicir. Kami juga berikan bantuan makanan terlebih dahulu, memandangkan Deepavali akan menjelang beberapa hari sahaja lagi,” katanya. 

Beliau memberitahu, sumbangan seumpama itu adalah acara lazim yang diadakan setiap tahun, tetapi kali ini diadakan pada skala lebih besar selepas menerima pelbagai tajaan dan sokongan. 

“Tahun ini kita turut menerima sokongan daripada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli. 

“Bantuan kali ini diberikan kepada komuniti B40 dari kesemua empat DUN di bawah Parlimen Jempol,” katanya. 

Tegas Murty, majlis berkenaan bukan retorik politik yang hanya muncul pada musim pilihan raya, sebaliknya ia adalah komitmen berterusan Makkal Sakti. 

“Ramai yang ingat program ini hanya sandiwara bermusim setiap pilihan raya, tapi sebenarnya ia adalah acara tetap Makkal Sakti dalam menjaga kebajikan komuniti India yang memerlukan. 

“Program ini ialah acara berterusan yang sentiasa dilaksanakan tanpa mengira waktu. Semoga sumbangan ini mampu memberi sinar dan memeriahkan sambutan Deepavali masing-masing,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 19 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra