Nikmati bawang merah goreng rangup dan daging lembu Angus berjus yang memikat selera, ShackMeister Burger yang kini akhirnya tiba di Malaysia.
Tersedia untuk waktu terhad, dari 3 Oktober hingga 31 Disember ini di Shake Shack Malaysia, The Exchange TRX, burger yang menjadi kegemaran ramai di serata dunia ini ditampilkan bersama minuman menyegarkan, Cookies & Cream Shake.
Mula dilancarkan di acara Burger Bash Rangkaian Makanan South Beach Wine & Food Festival 2014, ShackMeister Burger meraih gelaran 'Best Burger', dan dengan cepat menjadi kegemaran tetamu.
Jika anda adalah penggemar burger, jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan burger ikonik ini. Rasai sensasi pengalaman penuh perisa di dalam mulut anda.
ShackMeister menampilkan burger keju daging lembu 100 peratus semula jadi, dihiasi dengan bawang merah goreng rangup, dan diapit dengan kepingan roti kentang yang dibakar ringan menambah rasa bawang putih dan kerangupan tambahan.
Burger ini adalah keseronokan sebenar yang menggabungkan bahan-bahan premium dengan sentuhan nostalgia.
Selain ShackMeister Burger, anda juga boleh menikmati bawang merah goreng rangup dan sos keju yang sama pada ShackMeister Sausage dan ShackMeister Fries.
Bagi penggemar hidangan manis, minuman Cookies & Cream Shake adalah sempurna untuk melengkapkan sesi menjamu selera anda.
Dibuat dengan kastard vanila khas Shake Shack, dicampur dengan biskut hancur dan disudahi dengan krim putar bahagian atasnya, minuman ini lebih mewah dan berkrim daripada ais krim biasa, memberikan nikmat kemanisan yang diidamkan.
Cookies & Cream Shake juga tersedia untuk waktu yang terhad, jadi jangan berlengah-lengah untuk ke Shake Shack The Exchange TRX.
Untuk mengikuti perkembangan dan promosi terkini Shake Shack Malaysia, anda boleh ikuti mereka di media sosial @shakeshackmy (Facebook dan Instagram). - Getaran, 24 Oktober 2024
Foto : Shake Shack & Rahayu MN