Kira-kira dua minggu lalu, pasti anda pernah terlihat satu video yang tular di media sosial melibatkan pasangan kekasih ‘berperang’ mulut di sebuah restoran stimbot.
Video itu menyaksikan wanita terbabit mencampak telefon pintar milik pasangannya ke lantai. Kemuncaknya, dia turut melontar telefon pintar terbabit ke dalam periuk sup panas. Namun, telefon itu dilihat masih berfungsi kerana pasangan lelakinya masih mampu menjawab panggilan masuk.
Jika anda salah seorang yang meneka video itu hanyalah strategi pemasaran, tekaan anda tepat! Memang ia sengaja dilakukan untuk mempromosikan Honor X9c 5G yang bakal dilancarkan sedikit masa lagi.
Pada mereka yang belum pernah melihat video yang dimaksudkan, anda boleh lihat video yang telah dikemas kini oleh akaun Instagram World Of Buzz ini.
Honor Malaysia baru-baru ini juga dengan rasminya mengesahkan kedatangan ‘Raja Tahan Lasak’ generasi baharu di Malaysia dalam masa terdekat.
Dibina berikutan kejayaan model sebelumnya, HONOR X9c 5G lebih tahan lasak dengan keutuhan yang dipertingkatkan, menetapkan penanda aras baharu sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang amat berkuasa dalam pasaran.
Jadi, apa yang perlu anda tahu tentang telefon pintar ini?
1. Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh Honor X9c 5G
Dibina untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan Paparan Anti-Jatuh generasi baharu dan dicipta bagi menahan jatuhan daripada ketinggian sehingga 2 meter .
Apa yang membezakan HONOR X9c 5G berbanding yang lain seumpamanya adalah Kalis Air 360° dan Kalis Calar yang dipertingkatkan bagi memastikan telefon ini dilindungi daripada kegunaan harian.
Dengan tiga ciri teras ketahanan, Anti-Jatuh, Kalis Air 360°, dan Kalis Calar - HONOR X9c 5G menawarkan Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh.
Pendekatan berinovatif ini telah melayakan peranti tersebut mendapat pensijilan SGS Five-Star Comprehensive Reliability Certification berprestij yang pertama dalam industri, sekaligus mengukuhkan lagi komitmen Honor ke arah menghasilkan peranti berkualiti tinggi dan tahan lasak yang memenuhi cabaran kehidupan moden.
2. Jaminan Yang Disokong Oleh Polisi Perlindungan Tiga Tahap Honor
Pelan perlindungan komprehensif ini mengandungi Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari yang meliputi paparan dan kamera.
Polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari menyediakan pengguna dengan telefon baharu tanpa perlu membaiki telefon manakala Jaminan Bateri 36 Bulan menggantikan bateri sekiranya prestasinya merosot dalam tempoh tiga tahun. Semua ini bergantung dengan terma dan syarat.
Dengan jaminan hebat ini, Honor memastikan pengguna sentiasa senang hati menggunakan peranti mereka dengan keyakinan dan keselamatan jangka panjang.
Ulasan lebih padat berserta harga pasaran akan dikongsi apabila Honor Malaysia melancarkan peranti ini secara rasmi dalam sedikit masa lagi. - Getaran, 28 Oktober 2024