web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jaclyn Victor Terus Bersinar Di Konsert Solo Pertamanya

Kehebatan Jaclyn Victor tidak pudar walaupun siri realiti Malaysian Idol hanya bertahan selama dua musim di Malaysia

Muzik Dikemaskini 3 jam yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2024 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri realiti francais tersohor, ‘Idol’ mungkin merupakan salah satu rancangan bakat terbesar di dunia ketika ia diperkenalkan sekitar 20 tahun lalu. Selepas membuat kejutan di Eropah dan Amerika, rancangan ini juga menemui tempat di negara kita melalui siri Malaysian Idol.

Rancangan ini melahirkan beberapa nama besar dalam industri muzik Malaysia, terutamanya pemenang pertama musim sulungnya, Jaclyn Victor. Walaupun rancangan realiti itu hanya berlangsung selama dua musim di Malaysia, Jaclyn Victor atau lebih dikenali sebagai Jac tidak pudar bersama musim-musim tersebut.

Malah, Jac meneruskan cintanya pada dunia muzik sehingga menjadi salah seorang vokalis paling dikenali dalam sejarah muzik Malaysia.

Dan selepas dua dekad kejayaan, bintang ini membuktikan dirinya masih mampu bertahan apabila berjaya menghiburkan peminat di konsert solo pertamanya yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober yang lalu.

"Saya sangat bersyukur kerana konsert ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada mulanya, saya bahkan ragu-ragu sama ada orang akan mahu membeli tiket kerana saya tidak menganggap diri saya sebagai bintang yang besar,” kata Jaclyn Victor yang sangat merendah diri pada sidang media selepas persembahan.

Bintang itu memberikan persembahan terbaiknya pada malam itu di hadapan ribuan peminat yang menyanyikan lagu-lagu hitnya.

Kekuatan vokalnya yang tiada tandingan tidak dapat dinafikan, kerana setiap lagu pada malam itu dinyanyikan dengan baik.

Pada konsert itu, penyanyi yang juga ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata itu mengumumkan bahawa dirinya akan melancarkan sebuah album studio penuh dalam beberapa minggu yang akan datang.

Album yang dihasilkan di New York ini adalah hadiah terbaharunya untuk para peminat setianya.

Jac tidak bersendirian pada malam itu kerana dirinya juga menjemput beberapa nama terkenal untuk berkongsi pentas dengannya. Antara yang hadir termasuk Ning Baizura, Shila Amzah, Siti Nordiana dan Hael Husaini.

Antara lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah lagu-lagu paling popularnya seperti Gemilang, Di Bawah Pohon Asmara, Cinta Tiada Akhirnya, Ikut Rentak Ku dan beberapa lagi.

Jac juga menyanyikan beberapa lagu cover khas yang diminta oleh peminat yang mengikuti penyertaannya dalam pertandingan realiti TV Malaysia yang terbaru, Gegar Vaganza. Antara cover yang dipersembahkan adalah All Coming Back To Me Now, When You Believe, The Ketchup Song, dan beberapa lagi.

Dikenali dengan sikapnya yang mesra dan ramah, Jac juga meluangkan sedikit masa untuk berbual dan bergurau dengan peminatnya pada malam itu.

Dengan iringan sebuah kugiran yang hebat, arahan muzik malam itu diketuai oleh penerbit muzik Malaysia yang terkenal, Genervie Kam.

Sesuai sebuah dewan konsert yang penuh dengan semangat, seluruh arena dipenuhi dengan sorakan peminat Jac yang tidak pernah berhenti menyanyi setiap kali agu dipersembahkan.

Dan meskipun bakal menyambut ulang tahun ke-46 tidak lama lagi, Jac juga dikenali kerana sentiasa tampil menawan di setiap pertunjukan. Pada malam itu, dia muncul dengan pakaian indah yang direka oleh pakar couture Malaysia, Rizman Ruzaini, yang juga menggayakan rakan-rakan seangkatannya Ning Baizura dan Shila Amzah.

Beberapa wajah familiar juga hadir malam itu untuk menyokong Jaclyn Victor. Antara yang dilihat termasuk Datuk Sheila Majid, bekas alumni Malaysian Idol Dina Nadzir, Marsha Milan, Liza Hanim dan ramai lagi.

Malam yang meriah itu diakhiri dengan cover lagu Hindi terkenal Bole Chudiyan dan Tunak Tunak Tun, lagu yang pernah menarik perhatian peminatnya semasa penggambaran Gegar Vaganza.

Jelas sekali, Jaclyn Victor akan terus kekal berjaya dalam usahanya mencipta muzik hebat untuk Malaysia dan seluruh dunia. - Getaran, 15 Oktober 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Muzik 3 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

4

Muzik 5 bulan yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia