web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

Awie dan pihak penganjur telah berbincang dan bersetuju untuk membuka kategori tiket yang baharu

Muzik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 6:35PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiket-tiket untuk tiga kategori utama Konsert Journey Awie telah pun habis dijual dalam tempoh beberapa jam selepas jualan dibuka baru-baru ini. 

Bagi mengubat kekecewaan peminat yang gagal mendapatkan tiket pada harga mampu milik tempoh hari, Datuk Awie dan pihak penganjur telah bersetuju untuk menambah kategori tiket yang baharu. 

“Saya terharu dan tidak menyangka sambutan terhadap konsert solo saya sehebat ini. Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa tiga kategori utama tiket habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada peminat, saya telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka bersetuju untuk membuka kategori tiket yang baharu agar semua peminat yang tidak sempat membuat pembelian tempoh hari, boleh cuba mendapatkan tiket yang lain sekarang,” ulas Awie. 

Menurut wakil pihak penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn. Bhd, Samsul Kamal, tiket-tiket untuk kategori Silver, Gold dan Platinum yang masing-masing berharga RM218, RM288 dan RM418 telah pun habis dijual, jadi pihaknya telah memperkenalkan satu ketegori tiket terbaharu, iaitu RUBY yang berharga RM518.

“Ramai yang menantikan konsert solo Datuk Awie sehinggakan tiket bagi beberapa kategori telah pun habis dijual dalam beberapa jam sahaja selepas dilancarkan. Tiket bagi kategori Silver, Gold, dan Platinum telah pun habis dijual. 

“Jadi, bagi memenuhi permintaan ramai, kami sepakat memperkenalkan kategori tiket terbaharu iaitu Ruby yang berharga RM518 bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan konsert ini.

“Bagaimanapun, kategori-ketegori lain yang telah diperkenalkan sebelum ini Diamond (RM700), VIP (RM1000), VIP+ (RM1500) dan Royal Box (RM1500) masih boleh didapati di laman web rasmi kami,” ujar Samsul. 

Awie ketika sidang media
Awie ketika sidang media

Mengulas lanjut tentang penganjuran konsert ini, Awie turut menambah bahawa konsert ini bakal meninggalkan satu kenangan yang paling manis buat semua peminat yang hadir.

“Tema dan konsep unik yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini merupakan bingkisan yang begitu peribadi dari saya untuk semua. Ia adalah sebuah konsert dengan gabungan monolog dan persembahan teatrikal. Hanya yang terbaik untuk semua peminat yang hadir pada 3 Ogos nanti,” ujar Awie.

Konsert solo Awie, ‘Journey’ yang bakal berlangsung pada 3 Ogos hadapan merupakan konsert solo terakhir beliau kerana selepas itu Awie menetapkan untuk bersama Wings selama sembilan tahun lagi sebelum berehat bersama keluarga tercinta. 

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur itu akan meraikan perjalanan 30 tahun Awie dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo.

Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu popular yang mengimbau kenangan dari album-album kompilasi beliau yang memegang rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris di Malaysia. 

Istimewanya konsert ini akan menampilkan barisan pemuzik handalan seperti Rozario Rasul yang akan bertanggungjawab sebagai Pengarah Muzik yang juga bertindak sebagai pemain keyboard manakala pemain gitar pula ialah Ritz MetalAsia (Guitar 1), Addy Cradle (Guitar 2), Fly Halizor (Bass), Ujang Exist (Drum), dan Pa'ang Zaman (Percussion).

Datuk Awie akan mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu-lagu popular beliau terutama dari album solo dan album Wings, termasuk dari album Awie (1994), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000), dan Santai (2005).

Menariknya, Konsert Journey Awie juga turut berkolaborasi dengan institusi kewangan terkemuka, Maybank. Datuk Awie merupakan artis tempatan pertama yang dipilih sebagai rakan Maybank bagi konsert ini. 

Pemegang kad Maybank akan menikmati potongan harga 10% untuk semua pembelian tiket menggunakan kad Maybank. Selain itu, pembeli tiket juga boleh membuat pembayaran sebanyak 50% terlebih dahulu dan melunaskan baki selebihnya seminggu sebelum konsert bermula.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman web rasmi www.pixeltix.com.my.

Semua peminat bukan sahaja akan pulang dengan memori yang tidak dapat dilupakan, malahan setiap peminat akan diberikan cenderahati istimewa. - Getaran, 21 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Muzik 3 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

3

Muzik 5 bulan yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

4

Muzik 5 bulan yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara