web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 5:28PM

Kontena berlogo 'ZIM' dilarang memasuki Malaysia kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mengekang motolori dari negara jiran yang membawa kontena berlogo syarikat berpangkalan di Israel daripada memasuki Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pada Ahad lepas.

Pengarah JKDM Perlis Ismail Hashim berkata kontena syarikat Israel yang berisi ayam sejuk beku itu memasuki terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, ICQS Padang Besar pada 12.03 tengah hari bagi melakukan pengikraran Borang K1 bertujuan melakukan pengimportan dagangan ke Malaysia.

"Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mendapati kontena yang digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo 'ZIM' yang tertera pada badan dinding luar kontena terbabit. Kenderaan telah ditahan untuk mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata hasil semakan bersama pihak agensi kerajaan yang terlibat memaklumkan kontena berlogo "ZIM" dilarang memasuki Malaysia kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel.

"Kenderaan berserta kontena berisi dagangan diarah berpatah balik ke negara jiran pada hari yang sama," katanya. –BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bawa Kontena Israel, Treler Dari Thailand Diarah Berpatah Balik

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

Semasa 9 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Politik 17 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Semasa 13 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi