web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 4:00PM

Ahmad Hilmi Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan tidak menyerahkan rampasan sisik tenggiling kepada Jabatan Perhilitan lima tahun lalu. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan tidak menyerahkan rampasan sisik tenggiling kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada 2019.

Ahmad Hilmi Ghazali, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Dia didakwa mengarahkan seorang Pembantu Penguasa Kanan JKDM melupuskan sisik tenggiling spesis Genus Manis SPP daripada Stor Penguatkuasaan Pengkalan Marin Pelabuhan Klang Utara, pada September 2019 hingga Disember 2019.

Menurut pertuduhan, sisik tenggiling itu adalah barang kes rampasan JKDM dan perlu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan sebagai pihak berkuasa pengurusan yang dilantik di bawah seksyen 6(1) Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

Pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, sebatan dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azreen Wan Zaid manakala Ahmad Hilmi diwakili peguam Nor Azri Mohd Arif.

Wan Azreen mencadangkan mahkamah mengenakan jaminan antara RM30,000 hingga RM50,000 dengan mengambil kira nilai barang kes berkenaan yang mencecah jutaan ringgit di pasaran gelap dan tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah selain perlu melapor diri ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kes selesai.

Nor Azri memohon mahkamah mengenakan jumlah jaminan yang tidak berbentuk punitif atas sebab Ahmad Hilmi mempunyai komitmen yang tinggi selain perlu menanggung dua orang isteri dan empat orang anak yang masih kecil.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan Ahmad Hilmi diikat jamin sebanyak RM20,000 dan seorang penjamin selain perlu melapor diri ke Pejabat SPRM setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 12 Julai untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jabatan Perhilitan Selangor Berjaya Tangkap Buaya Tasik Shah Alam

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kastam Sabah Tumpas Seludup Masuk 205kg Syabu Guna Khidmat Kurier

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 11 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 12 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad