web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jabatan Perhilitan Selangor Berjaya Tangkap Buaya Tasik Shah Alam

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2024 8:26AM

Jabatan Perhilitan Selangor berjaya menangkap buaya tembaga di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Tidak sampai 24 jam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, buaya yang ditemukan mendiami Taman Tasik Seksyen 7 dekat sini berjaya ditangkap, malam tadi. 

Pengarah Perhilitan Selangor Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10.20 malam, ketika pemeriksaan dijalankan anggotanya. 

Beliau berkata berikutan kejayaan tersebut Perhilitan Selangor akan mengadakan pemantauan susulan selama dua hari dan kawasan berkenaan akan ditutup bagi tempoh sama pada waktu malam, bagi memastikan tiada buaya lain di dalam tasik itu. 

"Alhamdulillah operasi telah selesai dijalankan dan kita berjaya menyelamatkan buaya tembaga sepanjang 1.68 meter dengan anggaran berat sekitar 15 ke 20 kilogram. 

"Faktor utama kejayaan operasi ini sebab kita berjaya kosongkan kawasan rekreasi ini pada waktu malam, jadi kurang gangguan membuatkan dia termakan dengan umpan ayam segar yang kita letakkan," katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di sini semalam. 

Mohd Adib berkata buaya tersebut akan ditempatkan di Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor dan akan melalui proses kuarantin bagi memastikan reptilia itu tidak membawa sebarang penyakit. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Indonesia Maut Diserang Gajah Liar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Dedah Rakaman CCTV, Kongsi Foto Gelandangan Wanita Mirip Zalina

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia