web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 8:02AM

Gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada 8.55 malam tadi selepas dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan MERS 999 berhubung kejadian itu pada 6.04 petang semalam dan siasatan awal mendapati mangsa tergelincir ke dalam tasik tersebut sebelum beberapa rakannya meminta bantuan orang awam di kawasan sekitar.

Menurut Ahmad Faizal tiga anggota polis tiba di lokasi kejadian pada 6.08 petang semalam dan mangsa dikeluarkan dari tasik itu dengan bantuan orang awam pada 6.52 petang.

"Pada 7 malam, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu sampai di lokasi dan telah memberikan pertolongan kecemasan kepada mangsa kerana ketika itu masih ada denyutan nadi," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mangsa katanya dibawa ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Jabatan Perhilitan Selangor Berjaya Tangkap Buaya Tasik Shah Alam

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia