web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Dedah Rakaman CCTV, Kongsi Foto Gelandangan Wanita Mirip Zalina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 11:55AM

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kelibat seorang wanita disyaki sebagai personaliti TV3, Zalina Azman didedahkan hari ini - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kelibat seorang wanita disyaki sebagai personaliti TV3, Zalina Azman didedahkan hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, semakan mengesahkan bahawa kelibat berkenaan adalah milik seorang wanita gelandangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata, semakan mengesahkan bahawa kelibat berkenaan adalah milik seorang wanita gelandangan - Gambar ihsan PDRM
Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata, semakan mengesahkan bahawa kelibat berkenaan adalah milik seorang wanita gelandangan - Gambar ihsan PDRM

Beliau turut berkongsi foto gelandangan terbabit yang diambil dua hari lalu. 

“Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja kafe tersebut dan mendapati individu yang datang itu adalah gelandangan yang dijumpai di tasik Seksyen 2,” katanya. 

Individu yang datang ke kafe tersebut adalah gelandangan yang dijumpai di tasik Seksyen 2 - Gambar ihsan PDRM
Individu yang datang ke kafe tersebut adalah gelandangan yang dijumpai di tasik Seksyen 2 - Gambar ihsan PDRM

Terdahulu media melaporkan, Zalina telah hilang sejak November lalu.

Berdasarkan kenyataan Mohd Iqbal sebelum ini, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November.

Dalam laporan itu, pengadu iaitu anak Zalina, Mikhael Norman cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 Nov untuk memaklumkan bahawa datuk iaitu bapa Zalina dimasukkan ke hospital namun gagal.

Pada 29 November, Mikhael pergi ke rumah Zalina di Seksyen 3 dan mendapati, kereta ibunya berada di tepi rumah, manakala kediaman berkenaan berada dalam keadaan tidak tersusun.

Dokumen dan barangan peribadi personaliti itu iaitu kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600 pula terbiar tidak berusik.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Iqbal ketika ditanya berkata, semakan mendapati tiada individu yang tampil membuat laporan polis. 

Beliau memberitahu, pihak polis sememangnya mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemui. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jabatan Perhilitan Selangor Berjaya Tangkap Buaya Tasik Shah Alam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Warga Asing Maut, Kereta Rempuh ‘Water Barrier’

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Lelaki Budiman Sanggup Beri Baju Dipakai Kepada Gelandangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia