web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 5:19PM

Mohammad Hafiz Ishak (tengah) bersama antara barangan rampasan pada sidang media hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan merampas rokok putih dan minuman keras yang diseludup dengan nilai keseluruhan termasuk cukai berjumlah RM13.4 juta dalam dua serbuan di Selangor pada 26 Februari dan 1 Mac lepas.

Pengarahnya Mohammad Hafiz Ishak berkata dalam serbuan pertama di Pelabuhan Klang Utara pada jam 12 tengah hari bulan lepas, pihaknya menahan dua lelaki berumur sekitar 40an selepas menemukan 97,200 tin dan 30,392 botol minuman keras pelbagai jenama dan saiz bernilai RM3.2 juta dalam tiga kontena.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini beliau berkata minuman keras itu dipercayai dibawa masuk ke dalam negara dari Dubai dan China untuk dipasarkan di negara jiran.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pada kira-kira jam 4 petang di sebuah premis sekitar Pandamaran awal bulan ini pula, pihaknya menahan lima unit kontena dan dua lori mengandungi 591,000 paket rokok putih pelbagai jenama dan 51,936 tin serta 5,576 botol minuman keras bernilai RM10.2 juta dipercayai cuba dilarikan cukai.

Katanya susulan penenemuan itu pihaknya menahan seorang pemilik premis berusia 50an bersama dua pekerja warga asing dalam lingkungan 30an bagi membantu siasatan.

Mohammad Hafiz berkata, kedua-dua kes itu menggunakan modus operandi sama iaitu membawa masuk barangan bercukai ke dalam negara ini tanpa melalui prosedur pengimportan sah untuk dijual pada harga yang lebih murah dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-88 atau http://aduan.customs.gov.my atau Pejabat Kastam yang terdekat, dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah