web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa Dikemaskini 5 jam yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2024 4:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya 14 tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan dikemukakan oleh N. Pathmanabhan, 55, dan T. Thilaiyalagan, 33, untuk menyemak hukuman mati mereka.

"Dalam menggunakan budi bicara kehakiman kami dan dengan mengambil kira fakta serta keadaan kes, kami menolak permohonan tersebut. Hukuman mati dikekalkan," kata Tengku Maimun.

Sementara itu seorang lagi bekas pekerja ladang R. Kathavarayan, 44, menarik balik permohonannya untuk menyemak hukuman mati yang kemudiannya diketepikan oleh panel. 

Ini bermakna hukuman mati Kathavarayan kekal.

Permohonan semakan ini dikemukakan dalam usaha untuk mengurangkan hukuman mati kepada hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa 4 Julai tahun lepas.

Pathmanabhan, Thilaiyalagan dan Kathavarayan telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Rayuan mereka telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 4 Disember 2015 dan 16 Mac 2017.

Pada awalnya, terdapat empat lelaki yang didakwa tetapi Mahkamah Persekutuan membebaskan R. Matan, 33, setelah mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkannya dengan pembunuhan tersebut.

Pada permulaan prosiding hari ini peguam Latheefa Koya memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menerima arahan daripada anak guamnya Kathavarayan, untuk menarik balik permohonan semakan, dan beliau telahpun memberi nasihat berhubung arahan itu, namun anak guamnya kekal dengan keputusan menarik balik permohonan.

Peguam Manjeet Singh Dhillon dan Amer Hamzah Arshad yang mewakilli Pathmanabhan dan Thilaiyalagan masing-masing meminta mahkamah menggantikan hukuman mati anak guam mereka kepada penjara.

Manjeet meminta mahkamah mempertimbangkan penderitaan, kesedihan dan kesunyian yang dihadapi Pathmanabhan semasa dipenjara.

Amer Hamzah pula memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa anak guamnya Thilaiyalagan, adalah seorang pesalah muda yang berhak mendapat peluang kedua.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dalam hujahnya supaya hukuman mati dikekalkan, menekankan bahawa empat nyawa tidak berdosa telah diragut secara kejam dalam kes itu.

Beliau berkata kesan darah yang ditemukan terpercik di dinding rumah ladang menunjukkan terdapat unsur-unsur ganas pada hari kejadian, dan saksi pendakwaan pula memberi keterangan bahawa dia mendengar jeritan di ladang pada hari kejadian.

Dusuki berkata kenyataan impak mangsa oleh salah seorang anak perempuan Sosilawati menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk mendengar perkataan "Banting," kerana ia akan menyebabkan dia trauma.

Beliau juga berkata mayat mangsa pula telah dibakar sepenuhnya.

Media sebelum ini melaporkan Sosilawati dan pembantunya hilang selepas ke Banting bagi urusan berkaitan tanah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad