web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2024 7:47AM

Zayn Rayyan Abdul Matiin - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama sepi tanpa perkembangan terbaru, kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin,6, kembali hangat. 

Ia berikutan penahanan kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit di kediaman keluarga di Puncak Alam, 11 pagi semalam.

Susulan penahanan, pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk direman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkembangan itu, bagaimanapun beliau tidak memperincikan butiran penahanan.

Hussein Omar Khan - Gambar fail
Hussein Omar Khan - Gambar fail

Dalam perkembangan berkaitan, Harian Metro yang memetik kenyataan sumber berkata, pasangan berusia 28 tahun tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang, mayat Zayn Rayyan ditemui pada 7 Disember di sebuah anak sungai, berhampiran Apartment Idaman di Damansara Damai.

Penemuan pada jam 10 malam itu mengakhiri misi mencari besar-besaran oleh pihak polis, yang turut menerima kerjasama dan bantuan penduduk setempat.

Kumpulan penduduk terlibat juga ialah individu terawal yang menemui mayat kanak-kanak malang itu dalam keadaan terbaring di sungai tersebut.

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan terletak hanya 200 meter dari blok kediaman keluarganya.

Lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui - Gambar X
Lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui - Gambar X

Zayn Rayyan juga disahkan mati dibunuh, berdasarkan kesan kecederaan pada bahagian leher dan tubuh, yang sinonim dengan perlakuan jenayah. 

Kehilangan anak syurga itu mula mendapat perhatian selepas dia disedari hilang pada jam 12.30 tengah hari, 5 Disember tahun lalu, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis. - Getaran, 1 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 42 minit yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa