web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2024 4:09PM

Han Boon Hau (dua dari kiri) dibawa ke mahkamah untuk berdepan pertuduhan menyebabkan kematian manakala dua lelaki, Muhammad Zaki Zabani Osman (dua dari kanan) dan Zazimi Hamid (tengah) dituduh secara bersama cuba melakukan rompakan berkumpulan. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi berdepan pertuduhan menyebabkan kematian terhadap seorang individu yang cuba melakukan rompakan berkumpulan terhadapnya, minggu lalu.

Tertuduh, Han Boon Hau, 33, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di depan Majistret, Siti Norhidayah Mohd. Nor.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga pekerja kedai aluminium didakwa menyebabkan kematian individu berusia 29 tahun itu dengan melakukan suatu perbuatan gopoh atau cuai yang tidak terjumlah dengan kesalahan mematikan orang dengan salah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 6.39 pagi, 19 Mac lalu di belakang Bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kuala Kedah.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan, manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Wei Yong. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 19 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, dua lelaki iaitu Muhammad Zaki Zabani Osman, 28 dan Zazimi Hamid, 41, berdepan pertuduhan cuba merompak Boon Hau secara berkumpulan. 

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim, Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama dengan individu yang maut dalam kejadian tersebut, cuba melakukan rompakan berkumpulan terhadap Boon Hau. 

Kejadian itu didakwa berlaku pada masa dan tarikh sama di depan Farmasi Kuala Kedah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tiada jaminan ditawarkan dengan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan 28 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Getaran sebelum ini melaporkan mengenai kematian seorang lelaki yang cuba melakukan rompakan bersama dua lagi rakannya di Kuala Kedah akibat dilanggar mangsa menggunakan kereta.

Kejadian itu dipercayai bermula apabila tiga suspek yang menaiki dua motosikal cuba menyamun mangsa di depan sebuah farmasi dekat kawasan tersebut.

Seorang daripada suspek dikatakan memukul cermin depan kereta mangsa menggunakan sebatang objek hingga pecah.

Mangsa yang ketakutan, kemudian terus memecut keretanya bagi melepaskan diri.

Dalam cubaan melepaskan diri itu, mangsa bagaimanapun telah melanggar motosikal seorang daripada suspek yang cuba menghalangnya di bahagian depan kereta.

Kejadian itu menyebabkan suspek tersebut yang berusia 29 tahun maut di lokasi, kejadian manakala dua lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, melarikan diri serta-merta. – Getaran 27 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang