web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2024 8:06AM

Anggota Unit forensik PDRM tiba di lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor semalam. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR – Seramai 26 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya ditemukan di Kampung Sri Kledang, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.

"Setakat ini kita percaya suspek yang ditahan merupakan suspek tunggal dalam kes ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pencarian bahan bukiti di parit berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini, semalam.

Beliau berkata operasi pencarian itu yang turut melibatkan Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik CSI berjaya menemukan satu telefon pintar dipercayai milik mangsa di dalam parit berkenaan.

"Pasukan pencarian berjaya menemukan satu telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dipercayai dapat dalam membantu siasatan kes ini.

"Operasi melibatkan K9 masih diteruskan di lokasi kejadian manakala Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik, mereka akan mencari di satu lagi lokasi di Perak, kira-kira 20 minit dari lokasi ini," katanya yang enggan mendedahkan lokasi terbabit.

Mengenai motif kejadian, Hussein berkata seperti dimaklumkan sebelum ini, mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain tetapi sejauh mana hubungan itu pihaknya masih lagi menyiasat sebelum membuat kesimpulan motif sebenar pembunuhan.

Beliau turut memaklumkan reman suspek yang akan tamat Isnin ini kemungkinan akan disambung lagi dan suspek yang juga anggota polis kini ditahan kerja secara automatik.

Sementara itu, Hussein berkata laporan bedah siasat mangsa masih belum diperolehi dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak hospital dan makmal.

Mayat mangsa katanya, kini masih di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh Hussein dan beberapa prosedur perlu dilakukan termasuk ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dilakukan oleh Jabatan Kimia berikutan pengecaman mayat yang tidak dapat dilakukan secara visual.

"Mayat mangsa akan diserahkan kepada keluarga bergantung kepada ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) menerusi ibu dan adik-beradik mangsa yang akan dilakukan Jabatan Kimia.

"Saya rasa (mayat) tidak dapat dibawa keluar hari ini (semalam), mungkin mengambil masa beberapa hari lagi dan dalam masa sama kita akan meminta Jabatan Kimia percepatkan proses terbabit," katanya.

Hussein sebelum ini memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas (10 Julai) ditemukan mati di ladang kelapa sawit tersebut pada petang Isnin.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PDRM Gerak Unit Skuba Forensik, K9 Cari Telefon Pintar, Rantai Nur Farah Kartini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pembunuhan Nur Farah: Siasatan Dibuat Dengan Adil, Telus – KPN

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Semasa 14 jam yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 1 hari yang lalu

GISB Nafi Bersalah, Sedia Bekerjasama Dengan PDRM

oleh Sophia Ahmad