web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2024 11:58AM

Nur Farah Kartini Abdullah dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor pada 15 Julai. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (TPP) sebelum Jumaat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, usaha pencarian bahan bukti di lokasi kejadian dan beberapa lokasi lain yang berkaitan juga telah selesai.

"Pihak polis telah selesai pencarian tempat kejadian dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada TPP sebelum Jumaat ini," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan. – Gambar fail
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan. – Gambar fail

Pada 17 Julai lepas Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menemukan sebuah telefon pintar milik Nur Farah Kartini ketika melakukan operasi mencari bahan bukti di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang.

Hasil soal siasat dilakukan pasukan sama selepas itu ke Sungai Trolak Kampung Batu 4, di Slim River, Perak dan berjaya menemukan beg tangan dipercayai milik mangsa.

Operasi pencarian bahan bukti lain di sungai itu bagaimanapun tertangguh beberapa hari berikutan keadaan paras air sungai yang tinggi selain arus deras.

Bagaimanapun pada Isnin lepas, pasukan sama berjaya menjumpai kunci kereta dan dompet dipercayai bukti penting yang boleh membantu dalam kes pembunuhan wanita berusia 25 tahun dari Miri, Sarawak itu.

Nur Farah Kartini, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai dan jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Pekan Pahang, pada 18 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perselisihan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tempoh Reman Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Dilanjut 7 Hari

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah: Pencarian Diteruskan Di Kebun Ubi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91