web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Nur Farah: Pencarian Diteruskan Di Kebun Ubi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2024 8:03AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis semalam meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata suspek sebelum ini dipercayai mengusahakan kebun ubi berkenaan secara sambilan.

Pada masa sama beliau berkata, polis sedang menganalisa kad SIM suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal bagi mencari bukti baharu untuk membantu siasatan kes.

"Polis turut menganalisa kereta jenis Toyota Vios berwarna merah yang dirampas semasa suspek ditahan pada Isnin lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata operasi mencari bahan bukti di Sungai Trolak di Kampung Batu 4, Slim River oleh Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak dapat diteruskan berikutan keadaan cuaca dan arus sungai yang deras.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada 15 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang pada Khamis lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perselisihan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tempoh Reman Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Dilanjut 7 Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 3 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang