web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 4:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas dadah dipercayai kanabis dan daun ketum bernilai RM64,300 dalam serbuan serta pemeriksaan berasingan di kawasan Kuala Perlis dan Padang Besar, Khamis lepas.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata kanabis seberat 20.545 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM62,000 itu ditemukan terapung dalam satu bungkusan guni pada 4.30 pagi di Sungai Belati, Kuala Perlis.

"Hasil pemeriksaan di dalam guni menemukan 20 ketulan mampat daun kering disyaki kanabis.

"Dadah itu boleh digunakan lebih 102,000 penagih," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi pengedaran dadah terbabit dipercayai dengan menghanyutkan bungkusan guni di perairan sungai bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa sebelum diambil oleh pihak tertentu.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya merampas 230 kg daun ketum dianggarkan bernilai RM2,300 yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan pikap bernombor pendaftaran Thailand menerusi pemeriksaan di laluan keluar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dekat sini pada 11 pagi hari sama.

Menurut Ismail hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang diubah suai dan dipandu remaja lelaki tempatan berumur 16 tahun itu menemukan beberapa bungkusan berisi daun ketum yang disembunyikan di bonet, ruang tersembunyi belakang kenderaan dan dalam kenderaan itu.

Beliau berkata remaja itu mendakwa melakukan kerja sambilan dengan menerima upah daripada sindiket penyeludupan sekitar RM10 untuk satu perjalanan bagi membawa bekalan daun ketum dipercayai dari kawasan Wang Kelian hingga melepasi sempadan Malaysia-Thailand.

"Kesemua daun ketum disyaki untuk diseludup ke Thailand itu telah disita bersama-sama kenderaan pikap dengan dianggar bernilai RM110,000," katanya menambah remaja yang masih bersekolah itu dilepaskan dengan jaminan Kastam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasar Malam Perlis Tutup Sementara Ketika Maghrib, Mula 15 September - Exco

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka