web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 4:02PM

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM3.35 seliter berkuat kuasa 10 Jun di bawah sistem subsidi bersasar. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan  sedang pertimbang untuk menambah beberapa jenis kenderaan pengangkutan barang dalam senarai layak menikmati subsidi diesel, kata Datuk Armizan Mohd Ali.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu berkata, di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pihak telah mengemukakan permohonan terus kepada kementerian bagi mempertimbangkan penambahan beberapa jenis kenderaan barangan dalam senarai layak mendapat subsidi diesel di bawah SKDS 2.0.

“Syor lain yang dikemukakan termasuk menambah kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan ekspres.

“KPDN sedang meneliti semua ini, dan semua asa permohonan dan rayuan ini akan diangkat segera untuk pertimbangan kepada Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel, yang merangkumi KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat, dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan Jawatankuasa Rayuan (di bawah Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel) akan mengemukakan syor bagi semua rayuan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.

Kerajaan mengumumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM3.35 seliter berkuat kuasa 10 Jun lalu di bawah sistem subsidi bersasar.

SKDS ialah platform khusus bagi kenderaan awam dan barangan terpilih untuk terus menerima subsidi diesel melalui 'fleet card'.

Sejak harga diesel diapungkan pada Isnin, dilaporkan beberapa syarikat telah memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang semakan harga susulan pengumuman kerajaan bahawa harga diesel akan diapungkan dan dijual pada harga RM3.35 seliter mulai tengah malam semalam di seluruh negara.

Harga diesel yang diumumkan pada 5 Jun lalu ialah RM2.15 seliter.

Dalam notis yang dikeluarkan kepada pelanggannya, sebuah syarikat pembekal konkrit di Temerloh, Pahang berkata mereka menjangkakan kenaikan harga bahan mentah dan pengangkutan berikutan kenaikan harga diesel.

Syarikat itu berkata, disebabkan itu, semua harga konkritnya juga akan dinaikkan, manakala caj tambahan akan dikenakan untuk penghantaran di luar radius 30km.

Dalam satu lagi notis yang dilihat oleh The Vibes, seorang pengendali trak tunda berkata berikutan kenaikan harga diesel, semua caj tunda juga akan dinaikkan. – Getaran, 12 Jun, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka