web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 8:03PM

Armizan Mohd Ali berkata KPDN sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memanggil 10 syarikat untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menaikkan harga barang dan perkhidmatan, susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi tujuan tersebut.

“Syarikat yang telah dikenal pasti ini akan diminta untuk memberikan penjelasan berkaitan kewajaran tindakan menaikkan harga barang dan perkhidmatan,” katanya.

Menurut beliau, kesemua syarikat berkenaan terdiri daripada tiga syarikat dalam sektor pengangkutan (3 syarikat), sektor bahan binaan (tiga), sektor makanan dan minuman (dua) serta sektor sewaab jentera (dua).

“Dua syarikat telah dipanggil semalam, dan selebihnya akan menyusul mengikut jadual,” katanya.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati empat daripada syarikat terlibat telah menerima kelulusan fleet card tetapi masih mengeluarkan notis bagi kenaikan barang dan perkhidmatan.

“Baki enam syarikat lagi mempunyai kenderaan yang tidak termasuk dalam senarai Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0,” katanya.

Armizan menambah, setiap syarikat akan diminta untuk memberikan perincian maklumat termasuk dokumen berkaitan penawaran perkhidmatan atau penjualan barangan bagi tujuan penyediaan analisis pencatutan.

Tegasnya, kegagalan untuk menghadirkan diri boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta 723.

Beliau memberi amaran, semua pihak diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

“Mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga akan dikenakan tindakan yang tegas di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan kementerian.

“Ini terutamanya di bawah Akta 723 dan mereka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan/syarikat, manakala individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, beberapa syarikat penunda kenderaan dan pengeluar konkrit mula mengambil kesempatan menaikkan harga perkhidmatan.

Pada Isnin lepas, harga diesel di seluruh negara diapungkan pada RM3.35 seliter susulan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api. - Getaran, 15 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Terbeban Peningkatan Kos, Operator Trak Tunda Rayu Diberi Subsidi Diesel

4

Semasa 3 bulan yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki