web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terbeban Peningkatan Kos, Operator Trak Tunda Rayu Diberi Subsidi Diesel

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2024 8:00PM

Barisan kepimpinan 1MTCC bersama Dominic Lau (empat, kiri) dan Santhara Kumar (tiga, kiri). – Gambar Diyana Nawwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira- kira 1,000 operator trak tunda merayu supaya mereka turut dikategorikan sebagai penerima subsidi diesel.

Penasihat Persatuan Trak Tunda Dan Pengangkut Kereta 1 Malaysia (1MTCC), P Saravenan berkata, persatuan tersebut bingung mengapa ahli mereka tidak termasuk dalam penerima subsidi diesel.

Dakwanya, langkah itu menyebabkan mereka berdepan dengan kos kenaikan sekali ganda yang jelas membebankan.

Saravenan berkata, keadaan berkenaan memaksa pengusaha mengurangkan jarak perjalanan sebanyak 50 peratus kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos bahan api itu.

“Kami juga meminta dan menyeru kerajaan untuk memberikan subsidi sebab kami bukan kaya sangat.

“Kami adalah warganegara Malaysia yang membayar cukai, yang mana ahli -ahli kami semua membayar cukai tapi kenapa kami dianaktirikan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur Golf Country Club (KLGCC) di sini hari ini.

Sidang media terbabit diadakan bagi merayu pertimbangan kerajaan agar menyenaraikan 1MTCC sebagai penerima subsidi diesel.

Sebagai info, harga diesel di seluruh negara kini diapungkan pada RM3.35 seliter berbanding RM2.15 seliter.

Sementara itu, Pengerusi 1MTCC, Md Yusof Yahya berkata persatuan tersebut akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rayuan mereka.

Md Yusof berkata, rayuan itu adalah munasabah kerana mereka juga terlibat dalam sektor penting industri.

“Persatuan kami juga sudah menghantar emel kepada Perdana Menteri serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

“Kami juga akan meminta senator Dominic Lau mewakilkan kami untuk menghantar surat tersebut,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Kereta Tunda Malaysia, Datuk Seri Santhara Kumar pula berkata, kenaikan harga diesel secara mendadak menyebabkan banyak pengusaha tersepit kerana terpaksa menanggung beban yang begitu besar.

“Kalau Perdana Menteri nak beri sedekah berilah juga kepada persatuan dan pengusaha trak tunda,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Anwar tahun lepas yang dipetik sebagai berkata, subsidi itu umpama sedekah daripada kerajaan dan mengundang kecaman daripada pihak pembangkang. - Getaran, 18 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

3

Semasa 4 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Semasa 18 jam yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Sukan 15 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Sukan 19 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL