web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2024 6:25PM

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi (tengah) berkata pemberian tol percuma ini bermula jam 12.01 tengah malam ini selama sebulan. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING – Pengguna Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang melalui Plaza Tol Seksyen 1 (Persimpangan Bertingkat Banting) di sini, tidak perlu membayar tol selama sebulan, bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.

"Saya juga ingin jelaskan pemberian tol percuma ini hanya untuk Lebuhraya WCE Seksyen 1 sahaja dan tidak membabitkan tol lain yang bersambung dengan lebuh raya ini.

"... pelaksanaan tol percuma ini berlangsung hingga 29 September, 11.59 malam," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nanta berkata, pembukaan lebuh raya sepanjang 12.5 kilometer (km) itu yang menghubungkan Jalan Dengkil-Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan untuk kawasan selatan Selangor khususnya Kuala Langat.

Beliau berkata, lebuh raya itu yang bersambung dengan Lebuhraya SKVE, juga memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar Banting untuk ke bandar-bandar utama di Selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan berkenaan.

"Pelbagai projek pembangunan ketika ini giat dilaksanakan di sekitar jajaran Lebuhraya WCE Seksyen 1 yang menawarkan pembangunan terancang, bersepadu merangkumi kawasan IKS (perusahaan kecil dan sederhana) dan hab industri serta logistik bertaraf dunia.

"Di samping itu, ia dapat menambah baik jaringan logistik terutamanya pergerakan pengangkutan 'haulier' yang membawa barangan dari pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya.

Nanta berharap baki empat lagi seksyen lebuh raya berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan selain menjangkakan Seksyen 2 bagi lebuh raya itu akan siap pada Disember depan.

"Kita juga difahamkan oleh pihak konsesi bahawa jangkaan awal lebuh raya ini akan menerima lebih kurang 10,000 kenderaan sehari," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Tol Percuma 2 Hari Sempena Deepavali

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

Semasa 1 hari yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Semasa 17 jam yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan