web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tol Percuma 2 Hari Sempena Deepavali

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 10:45AM

Tol percuma selama dua hari sempena sambutan Deepavali. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya bermula Sabtu hingga Ahad sempena sambutan perayaan Deepavali.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

"Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui mesyuarat bersama-sama dengan syarikat konsesi juga bersetuju dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini yang bermula pada 11 November 2023 (Sabtu) jam 12.01 pagi sehingga 12 November 2023 (Ahad) jam 11.59 malam.

"Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

"Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nanta berkata, pemilihan tarikh itu juga bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar serta dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan di sepanjang lebuh raya dengan anggaran jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.

"Dengan pelaksanaan tol percuma ini, diharapkan supaya pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini, selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau 'travel time advisory' (TTA) yang disyorkan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

3

Semasa 9 bulan yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

PM, Isteri Tiba Di Riyadh, Mohon Maaf Tak Dapat Bersama Raikan Deepavali

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 14 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok