web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM, Isteri Tiba Di Riyadh, Mohon Maaf Tak Dapat Bersama Raikan Deepavali

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Nov 2023 10:03PM

Perdana Menteri bersama Putera Muhammad bin Abdulrahman - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Riyadh, Arab Saydi pada jam 11.20 pagi waktu tempatan, hari ini.

Beliau dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), khusus membincangkan kemelut kemanusiaan yang merundung warga Palestin, terutamanya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut Putera Muhammad bin Abdulrahman - gambar PMO
Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut Putera Muhammad bin Abdulrahman - gambar PMO

Menerusi hantaran di Facebook Anwar berkata, ketibaan beliau disambut Timbalan Gabenor Riyadh, Putera Muhammad bin Abdulrahman bin Abdul Aziz. 

“Sidang Kemuncak Tergempar OIC ini berlangsung di King Abdulaziz Convention Centre pada jam 2:30 petang waktu Arab Saudi. 

“Saya yakin perbincangan ini bakal mencetuskan satu penyelesaian yang kukuh serta tegas dalam menangani konflik di Gaza yang telah mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa,” katanya.

Tegas beliau, pembantaian etnik ini mesti segera dihentikan demi kemanusiaan dan keamanan sejagat.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menerusi ucapan khas sempena Deepavali memohon maaf, kerana tidak dapat meraikan perayaan berkenaan bersama seluruh penganut Hindu yang yang lain.

“Saya minta maaf kali ini tidak dapat bersama (meraikan Deepavali), kerana terpaksa bergegas ke Riyadh untuk menjalankan tugas negara.

“Semangat dan jiwa saya tetap bersama rakan-rakan kerana sepanjang yang saya ingat, saya tidak pernah meninggalkan sambutan permai Deepavali ini,” katanya.

Jelas Anwar, keharmonian dan kebhinekaan di negara ini harus sentiasa dipelihara.

“Ayuh nyalakanlah pelita cinta serta kebahagiaan, sebagaimana ungkapan dalam Thirukural, ‘araththaan varuvathae inbam matrraellaam puraththa pukalum ila’. 

“Yang bermaksud: Kebahagiaan yang berpunca daripada etika atau tatakelola yang baik merupakan nikmat yang sebenar, dan kegembiraan berpunca daripada sikap yang tidak beretika adalah penderitaan atau tidak membawa kebahagiaan yang mampan,” katanya.

Kerajaan katanya lagi, akan berusaha bagi memastikan kebajikan dan tahap hidup masyarakat, yakni masyarakat Hindu terutamanya, terus
ditambahbaik dan dilindungi. - Getaran, 11 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia