web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

Video & Galeri Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 5:00PM

Kanak-kanak di sebuah perumahan awam mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan. gambar Azlan Hadi Abu Bakar

oleh

Kru Visual

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemeriahan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai menjelang sambutan rasmi di Dataran Putrajaya esok. Rata-rata rakyat Malaysia teruja untuk meraikannya sambil mendendangkan alunan lagu patriotik ketika mengibarkan Jalur Gemilang. 

Malah ada peniaga yang mengambil inisiatif menghasilkan pelbagai produk dan aksesori sempena sambutan Hari Kebangsaan yang boleh digayakan seisi keluarga.

Bagi Muhammad Atiq Yusfadzir, beliau mengambil inisiatif untuk menjual tanjak yang bertemakan Jalur Gemilang kerana menganggap tanjak amat sinonim dengan kemerdekaan negara. 

Dengan harga bermula RM35 setiap satu, Muhammad Atiq yang dibantu pakciknya dapat menghasilkan sekitar 300 hingga 500 tanjak yang dijenamakan sebagai Tanjak by Iman untuk dijual kepada orang ramai yang berkunjung ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sementara itu, penjual aksesori, Khairulnizam Rahim mengambil peluang sempena Hari Kebangsaan untuk menghasilkan aksesori bertemakan Jalur Gemilang di kedainya Stesen LRT Taman Melati.

Pelbagai cenderahati aksesori bertemakan kemerdekaan negara menjadi tarikan seperti baju kebaya kanak-kanak pelbagai saiz, baju kurung, tanjak, topi, kebaya, cekak bunga raya, kemeja T, pin baju, keris, baju pahlawan dan aksesori pada harga serendah serendah RM25, manakala bagi koleksi baju Merdeka bermula RM49.

Sementara itu, sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya akan bermula jam 8 pagi dengan tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ yang akan membabitkan 17,000 peserta dan 66 kontinjen.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Putrajaya. Perbadanan Putrajaya turut perkhidmatan bas perantara secara percuma mulai jam 4 pagi. 

Jurugambar kami, Azlan Hadi Abu Bakar dan Nooreeza Hashim merakamkan persiapan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 esok.

Khairulnizam Rahim menjual pelbagai aksesori bertemakan kemerdekaan sesuai untuk semua peringkat umur. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Khairulnizam Rahim menjual pelbagai aksesori bertemakan kemerdekaan sesuai untuk semua peringkat umur. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang selepas bermain bola sepak di Kg Baru Kuala Lumpur. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang selepas bermain bola sepak di Kg Baru Kuala Lumpur. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Khairulnizam Rahim menyusun baju bertemakan Jalur Gemilang di kedainya Stesen LRT Taman Melati. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Khairulnizam Rahim menyusun baju bertemakan Jalur Gemilang di kedainya Stesen LRT Taman Melati. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Muhammad Atiq Yusfadzir menunjukkan tanjak merdeka yang dijualnya. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Muhammad Atiq Yusfadzir menunjukkan tanjak merdeka yang dijualnya. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Pelbagai aksesori dan baju bertemakan kemerdekaan dijual di kedai milik Khairulnizam Rahim. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Pelbagai aksesori dan baju bertemakan kemerdekaan dijual di kedai milik Khairulnizam Rahim. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Muhammad Atiq Yusfadzir menyusun tanjak di kedainya.  gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Muhammad Atiq Yusfadzir menyusun tanjak di kedainya. gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Seorang kanak-kanak mengibar Jalur Gemilang. gambar Nooreeza Hashim
Seorang kanak-kanak mengibar Jalur Gemilang. gambar Nooreeza Hashim
Tanjak by Iman oleh Muhammad Atiq Yusfadzir.  gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Tanjak by Iman oleh Muhammad Atiq Yusfadzir. gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 14 jam yang lalu

Alamak, Mesti Cili ‘Sold Out’ Lepas Ni!

oleh Wartawan Getaran