web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


2 Profesor Termasuk Presiden MPN Didakwa Pecah Amanah RM271,000

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2024 6:24PM

(Kanan) Kefli Mahpol dan (kiri) Raduan Che Rose – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Dua individu termasuk Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tujuh pertuduhan, masing-masing pecah amanah dan bersubahat, membabitkan nilai RM271,000, pada 2023 dan April lepas.

Menurut dua pertuduhan, Raduan, 64, selaku Presiden MPN didakwa secara tidak jujur meluluskan transaksi RM71,000 ke dalam akaun bank milik Profesor Datuk Kefli Mahpol, 65.

Sementara bagi lima lagi pertuduhan, Raduan sebagai Pengarah MPN Global Reach Sdn Bhd didakwa secara tidak jujur melakukan pecah amanah terhadap wang pendahuluan program UKMShape-MPN Global Reach Sdn Bhd dengan mengeluarkan wang sebanyak RM200,000 kepada Kefli menerusi lima cek bank.

Perbuatan itu dilakukan pada 3 April dan 14 Mac 2023 serta 5, 8 dan 15 April 2024 di MPN, Kajang di Hulu Langat.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding berasingan, Kefli didakwa dalam tujuh pertuduhan bersubahat dengan Raduan melakukan pecah amanah pada tarikh dan lokasi sama.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, sebaik pertuduhan dibacakan, Raduan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), berkata beliau sangat kesal dengan segala pertuduhan tersebut dengan kelulusan (berhubung pengeluaran wang) diberikan atas jawatan serta kapasitinya.

"Saya kesal dengan kesemua pertuduhan ini dan saya percaya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya masih terkejut (dengan pendakwaan itu)," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Law Chin How manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Hakim Datuk Anita Harun seterusnya menetapkan jaminan RM40,000 untuk setiap tertuduh bersama seorang penjamin, selain perlu melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya pada minggu pertama setiap bulan serta tidak mengganggu atau menghubungi saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Oktober ini. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ketua Jabatan Tak Naik Pangkat Jika Gagal Lapor Rasuah - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 6 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 10 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS