web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Orang Ramai Perlu Telus, Jujur Buat Laporan Orang Hilang

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2024 7:18PM

Fisol Salleh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Orang ramai digesa bersikap telus dan jujur semasa membuat laporan berhubung kes kehilangan individu dengan memberikan maklumat terperinci.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungawab terhadap aduan yang dikemukakan bagi memudahkan polis mengendalikan kes-kes orang hilang yang dilaporkan.

"Dalam kita kendalikan kes orang hilang...sebelum ini kena tunggu tempoh 24 jam, sekarang tidak lagi, namun sebelum terima laporan, kita mahu orang yang datang buat laporan bersikap jujur...kadang-kadang hilang sebab bergaduh, tak puas hati...kita bukan 'ruang' mencari jodoh.

"Kalau orang hilang berlaku kerana ikut teman lelaki...kena telus...berterus-terang...beritahu kalau berlaku perselisihan faham...tapi ada yang ceritakan seolah-olah kena culik," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Town Hall Discussion Kontinjen Kedah 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes orang hilang yang sering dilaporkan akhir-akhir ini.

Mengulas lanjut, Fisol berkata polis memandang serius terhadap semua laporan berhubung kehilangan individu dan tidak mahu kes kehilangan itu berakhir dengan kematian.

"Kebarangkalian untuk orang hilang tidak ditemui juga tinggi...kita nak orang ramai bersikap adil dengan polis dan polis akan berusaha sehabis balk membuat pencarian.

"Katakan dua kes yang diadukan tak betul, datang kes ketiga, betul...polis juga kena...sebab itu kita kena jujur.jangan sambil lewa...kena ambil perkara ini sebagai amanah dan tanggungjawab...polis ada amanah dan tanggungjawab, begitu juga masyarakat," katanya.

Walaupun di Kedah ada peningkatan terhadap laporan membabitkan kes orang hilang, namun ia disifatkan tidak ketara, tambah beliau.

"Kita sentiasa dalam keadaan bersiap siaga, kalau ada kes, kita akan maklumkan semua agensi berkendan termasuklah yang di sempadan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Faa, Awak Di Mana? Baliklah…’ – Rakan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

4

Semasa 8 bulan yang lalu

4 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Lebih 16kg Ganja

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

Semasa 5 jam yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Sukan 1 hari yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sukan 1 hari yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara