web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


4 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Lebih 16kg Ganja

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 8:29PM

Ketua polis Kedah, Datuk Fisol Salleh (dua, kanan). gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Empat individu termasuk seorang wanita ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 16 kilogram (kg) bernilai lebih RM50,000 dalam dua serbuan berasingan di Kampung Kuala Alor, Simpang Kuala, dekat sini, Khamis lalu. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kesemua suspek berusia 24 hingga 43 tahun itu direman sehingga 10 Januari depan.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama pada jam 1.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menahan sebuah kereta jenis PERODUA Aruz dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai enam balutan plastik lutsinar mengandungi dadah mampat jenis ganja seberat 6.2 kg di tempat duduk penumpang tengah dianggarkan bernilai RM19,250," katanya pada sidang media di IPK Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, pihaknya menahan seorang lelaki dan wanita berusia 36 dan 32 tahun yang menaiki kereta jenis BMW pada jam 4.10 pagi dalam serbuan kedua di kawasan sama.

"Hasil pemeriksaan menjumpai satu kotak mengandungi 10 balutan plastik lutsinar dadah mampat jenis ganja seberat lebih 10kg di tempat duduk penumpang bahagian belakang dianggarkan bernilai RM31,000.

"Tiga lelaki yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah jenis methamphetamine, manakala wanita berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah. Kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Menurut Fisol, kesemua suspek itu dipercayai mula aktif pada pertengahan 2023 dan bekalan dadah yang diperoleh dari negara jiran itu mampu menampung keperluan 3,200 penagih di sekitar Kota Setar dan Kuala Ketil.

Dalam perkembangan lain, Fisol berkata, 1,505 serbuan Op Dadu Khas telah dilaksanakan sepanjang 2023 bagi membanteras kes perjudian di Kedah, dan sebanyak 1,661 orang telah ditahan dengan rampasan wang berjumlah RM311,142.

"Judi ekor haram mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 863 serbuan melibatkan 876 tangkapan dengan wang rampasan berjumlah lebih RM137,000. Operasi ini diteruskan tahun ini dan dari 1 Januari hingga semalam, sebanyak 25 serbuan telah dilaksanakan bagi perjudian dalam talian dan judi ekor haram," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Orang Ramai Perlu Telus, Jujur Buat Laporan Orang Hilang

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Rampas Ganja Hampir Setengah Juta Dalam Kubur Cina

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Ganja Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 9 Tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91