web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Dr Ganja Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 9 Tahun

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 9:33PM

Dr Ganja terlepas tali gantung selepas mahkamah meminda 16 pertuduhan mengedar ganja kepada memiliki dadah - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Seorang pesara tentera yang digelar ‘Dr Ganja’ terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda 16 pertuduhan mengedar ganja seberat 77.48493 kilogram dan 14.647 liter kepada memiliki dadah.

Tertuduh, Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 64, juga menghadapi 18 pertuduhan menanam pokok ganja, empat pertuduhan memiliki ganja dan satu pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Hakim Julia Ibrahim menjatuhkan hukuman penjara berjumlah sembilan tahun terhadap 39 pertuduhan itu yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang, pada  jam12.30 tengah hari, 26 Mei 2017.

Bagi 39 pertuduhan itu, Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Hakim Julia menjatuhkan hukuman penjara lima tahun masing-masing bagi pertuduhan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 39A(1) manakala hukuman penjara sembilan tahun bagi Seksyen 39A(2) dan enam bulan penjara untuk pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a).

Beliau memerintahkan Amiruddin menjalani hukuman penjara secara serentak bagi kesemua pertuduhan itu mulai tarikh tangkapan pada 26 Mei 2017.

Hakim Julia mengarahkan tertuduh yang ditahan di penjara pada 26 Mei 2017 dibebaskan hari ini.

Beliau ketika menyampaikan keputusan di akhir pembelaan, berkata hukuman itu dikenakan selepas mempertimbang hujahan pendakwaan dan rayuan pihak pembelaan.

Beliau berkata sebagai bekas tentera, Amiruddin pastinya faham dan tahu akan kewujudan ADB, walaupun kesalahan dilakukan didorong rasa terdesak menggunakan ganja sebagai rawatan alternatif untuk merawat penyakit yang dihadapinya.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tohmahan Siti Bainun Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen Tidak Berasas - Mahkamah Tinggi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Memandu Mabuk: Graduan Luar Negara Didakwa Sebabkan Kematian 2 Pemuda

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN