web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 8:09AM

Penjaga kebun durian yang dikenali sebagai Wong menunjukkan tempat penemuan rangka bersama motosikal yang dipercayai milik remaja yang dilaporkan hilang. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT – Polis semalam mengesahkan rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata pengesahan rangka terbabit milik Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16, berdasarkan keputusan analisa pemprofilan Asid Deoksiribonukleik (DNA), oleh Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor, semalam.

Beliau berkata melalui profil DNA diperolehi daripada spesimen darah yang diambil untuk tujuan perbandingan mendapati kebarangkalian keibubapaan dengan rangka manusia yang ditemukan ialah 99.99 peratus.

"Identiti rangka manusia tersebut ialah Hafiz Fauzan Abdul Halid, lelaki Melayu, berumur 16 tahun, pelajar tingkatan lima dan beralamat di Bandar Putera Indah Batu Pahat Johor, merupakan mangsa orang hilang yang dilaporkan sejak 26 Mei," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, bapanya Abd Halid Sugiman, 44, ketika dihubungi menyatakan rasa bersyukur setelah menerima pengesahan keputusan DNA tersebut, selepas hampir sebulan mencari anak ketiganya itu.

"Jenazah akan dituntut pada pagi ini (5 Julai) dan akan dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Berita 1 tahun yang lalu

Masih Gagal Temui Petunjuk, SAR Remaja Hilang Di Gerik Diteruskan Esok - Bomba

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Remaja Perempuan Hilang Di Sepang

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Kesan Lelaki Hilang Sejak Januari

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Semasa 18 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 12 jam yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran