web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih Gagal Temui Petunjuk, SAR Remaja Hilang Di Gerik Diteruskan Esok - Bomba

Berita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 9:45PM

Pencarian pada radius tiga kilometer, dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Pasukan Multi Skill (MUST) bomba dari lokasi terakhir motosikal mangsa ditemukan, namun setakat ini belum menemui sebarang petunjuk. - Gambar hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Naufal Adzimi Mohd Hariss, 17, yang hilang di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai di Gerik sejak semalam, masih gagal menemui remaja itu dan akan diteruskam esok.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pencarian pada radius tiga kilometer, dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Pasukan Multi Skill (MUST) bomba dari lokasi terakhir motosikal mangsa ditemukan, namun setakat ini belum menemui sebarang petunjuk.

“Operasi bagaimanapun telah ditangguhkan hari ini sekitar jam 6 petang dan akan disambung esok pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi yang disambung hari ini, dimulakan 10 pagi tadi telah dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut laluan yang telah ditetapkan, melibatkan 82 orang daripada agensi kerajaan melibatkan 25 anggota polis, bomba (12), Unit K9 (3), Majlis Daerah Gerik (5), Pejabat Daerah (2) dan 35 orang awam.

Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang pada 1.33 pagi dengan lokasi terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9.00 pagi.

Pelajar sebuah sekolah tahfiz itu dikatakan mengalami gangguan emosi, bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang, sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa.

Bagaimanapun usaha mereka hanya berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar pukul 6 petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Orang Ramai Perlu Telus, Jujur Buat Laporan Orang Hilang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia