web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2024 8:11AM

Kejadian berlaku di Jalan Elmina Business Park pada Rabu. – Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Aksi ‘wheelie’ dua sahabat berusia 13 tahun membawa padah apabila kedua-duanya maut selepas motosikal mereka bertembung sesama sendiri di Elmina Business Park, Sungai Buloh, Selangor, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, dalam kejadian kira-kira 11.20 malam itu, motosikal mereka bertembung ketika merempit.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Hafiz meminta ibu bapa atau penjaga lebih peka mengawal anak-anak agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti lumba haram kerana bukan sahaja boleh meragut nyawa tetapi turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata penunggang motosikal di bawah umur dan penjaga boleh didakwa mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu bawah umur dan membenarkan orang lain yang tidak memiliki lesen memandu.

“Ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang  menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” katanya.

Mohd Hafiz berkata, statistik kemalangan maut akibat aktiviti berlumba atau menguji kelajuan di kawasan Sungai Buloh bagi Januari hingga Ogos 2024 menunjukkan peningkatan drastik dengan tujuh kertas siasatan dibuka membabitkan 11 penunggang motosikal maut.

“Jika dibandingkan dengan (sepanjang) tahun lepas, hanya tiga kertas siasatan dibuka membabitkan tiga penunggang motosikal maut dan peningkatan ini amat membimbangkan,” katanya.

Mohd Hafiz juga mengajak semua masyarakat supaya menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa bagi membanteras isu lumba haram. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

2

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi