web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 1:48PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Seorang bayi perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng yang dibawa balik ibu mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komosioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung insiden tersebut semalam.

“Dalam kes pertama, mangsa, seorang remaja lelaki warga tempatan memakan makanan yang dibawa pulang oleh ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah pada Sabtu lepas.

“Selepas memakan makanan tersebut, mangsa, ibu dan bapanya mengalami cirit-birit. Pada Isnin sekitar jam 1.30 petang, mangsa tidak sedarkan diri dan bapanya menghubungi pihak MERS 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Menurut beliau, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagi kes kedua yang melibatkan seorang bayi perempuan berusia dua tahun pula, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah membawa pulang makanan selepas selesai program di sekolah sama dan memberikan makanan itu kepada mangsa pada Sabtu lepas.

“Semalam sekitar jam 10.45 pagi, ibu mangsa mendapati mangsa demam, muntah-muntah dan cirit-birit. Ibu mangsa segera membawa mangsa ke Hospital Selayang.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan di Hospital Selayang,” katanya.

Noor Ariffin berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi Ketua Polis Balai Gombak,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Sukan 1 hari yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar