web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 12:33PM

Bayi berkenaan maut dikelar di bahagian leher, dipercayai menggunakan sebilah pisau - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ibu bukan sahaja tergamak mengelar bayinya yang berusia enam bulan sehingga maut, bahkan turut mengirim gambar mayat anaknya itu kepada suami melalui aplikasi WhatsApp.

Tragedi menyayat hati itu terjadi di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, siasatan mendapati insiden berkenaan berlaku pada jam 1.30 tengah hari.

Menurut beliau, saspek telah menghantar foto mangsa yang berlumuran darah di bahagian leher kepada suaminya, iaitu bapa bayi terbabit.

"Tangkapan telah dibuat ke atas saspek yang berusia 32 tahun dan polis turut merampas sebilah pisau, dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.

"Permohonan reman juga telah dibuat ke atas wanita itu di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah hari ini," katanya.

Dalam perkembangan lain M. Kumar memberitahu, sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berjaya menahan lima lelaki tempatan, dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang warga emas.

Katanya, kesemua saspek yang berusia 35 hingga 48 tahun ditahan di lokasi berasingan di sekitar Johor Bahru.

"Penahanan mereka ialah susulan kepada penemuan mayat seorang lelaki berbangsa India di kawasan Taman Rinting, Masai dengan kesan luka akibat tetakan, di beberapa bahagian tubuh.

"Mangsa yang berusia 61 tahun ditemui pada jam 10.50 pagi semalam," katanya.

Jelas M. Kumar, polis turut merampas beberapa barangan milik si mati, dan sampel swab di lokasi kejadian turut diambil untuk siasatan lanjut.

"Hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua tangkapan memiliki pelbagai rekod kesalahan dadah dan jenayah.

"Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas kelima-lima suspek dibuat hari ini," katanya. 

Tambah beliau, kedua-dua kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun dan dikenakan sebatan tidak melebihi 12 kali.

"Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat dan motif kejadian serta punca kematian masih dalam siasatan," katanya.

Tegas M. Kumar, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan.

"Polis Johor menyeru orang ramai agar terus konsisten menyalurkan maklumat berkaitan jenayah ke talian hotline di nombor 019 279 2095 atau menghubungi Bilik Gerakan IPK Johor di nombor 07 221 2999," katanya. - Getaran, 17 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah