web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 8:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata penahanan dilakukan pada 8 malam semalam di Skudai, dan polis turut merampas kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan serta menjumpai semula barangan milik mangsa.

Beliau berkata permohonan reman terhadap keempat-empat suspek dibenarkan selama empat hari bermula 17 hingga 20 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 363, 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada Sabtu lepas, ketiga-tiga mangsa dilarikan sekumpulan lebih kurang 10 lelaki yang seorang daripadanya dikenali oleh mangsa, dengan menggunakan tiga kereta ke sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Balveer berkata suspek telah memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar terbabit sekiranya kejadian itu terbongkar.

“Suspek kemudian telah melarikan diri bersama-sama dengan barangan peribadi milik mangsa dan meninggalkan mangsa di lokasi yang sama,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera lebam di bahagian muka dan tangan berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan telah dihantar ke hospital bagi tujuan rawatan sebelum datang ke balai polis untuk membuat laporan pada 6.45 pagi semalam. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kesian Dia, Semoga Cepat Dapat Rawatan...

4

Semasa 6 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Tikam Direman 7 Hari Mulai Isnin

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

MFL Denda Selangor FC: Sultan Sharafuddin Murka

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 23 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 12 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental