web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Suspek Kes Tikam Direman 7 Hari Mulai Isnin

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Dec 2023 12:02PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Lelaki dan wanita, kedua-duanya warga asing, direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes wanita maut ditikam di Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Majistret, Nur Khalida Farhana Abu Bakar mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kedua-duanya akan direman sehingga 31 Disember ini,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Balveer Singh berkata, lelaki berusia 24 tahun yang juga adik mangsa dan wanita berusia 41 tahun itu, tinggal serumah dengan mangsa yang berusia 41 tahun.

Dalam kejadian tiga hari lalu, seorang wanita warga asing ditemui maut akibat ditikam di rumahnya selepas pihak polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian itu kira-kira jam 4.35 pagi.

Tidak sampai 24 jam kemudian, pihak polis menahan seorang perempuan warga asing dan seorang lelaki warga asing serta merampas sebilah pisau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Keropok Beracun: Lelaki Direman 6 Hari

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi