web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 6:05PM

Kedua-dua lelaki itu masing-masing memiliki 12 dan 13 rekod lampau - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Dua lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Permatang Baru, sungai Lokan di Butterworth dekat sini awal hari ini dipercayai dalam perjalanan melakukan rompakan atau mengedar dadah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata terdahulu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang sedang menjalankan tugas telah terserempak dengan sebuah kereta Perodua Myvi di persimpangan Jalan Pokok Sena dan Jalan Permatang Baru, Sungai Dua, dekat sini dalam keadaan mencurigakan pada 2.05 pagi.

"Pasukan polis menghampiri kereta itu dan mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan, namun pemandunya bertindak memecut (kenderaan) melarikan diri sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Pihak polis mengejar kereta dinaiki dua lelaki itu sejauh dua kilometer sebelum kenderaan itu terbabas. Ketika (polis) mahu membuat pemeriksaan, suspek telah melepaskan tembakan yang menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri," katanya pada sidang media di lbu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata selepas keadaan reda, polis menjalankan pemeriksaan dan mendapati pemandu serta penumpang hadapan masing-masing berusia 41 dan 51 tahun telah meninggal dunia akibat terkena tembakan.

Hamzah berkata pemeriksaan menemukan dua pistol jenis Glock dan .38 Smith & Wesson serta 176 peluru di dalam kereta dengan dipercayai senjata api itu diperoleh dari negara jiran.

"Semakan mendapati Perodua Myvi itu adalah kenderaan dilaporkan dicuri dan cukai jalan juga telah tamat tempoh sejak 2021.

"Dua lelaki itu masing-masing mempunyai 12 dan 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan siasatan lanjut sedang dilakukan sama ada mereka anggota geng kongsi gelap," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi