web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MFL Denda Selangor FC: Sultan Sharafuddin Murka

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 5:39PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Selangor Royal Palace

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan amat dukacita terhadap denda yang dikenakan ke atas Selangor FC kerana tidak beraksi dalam perlawanan Charity Shield menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bulan lalu.

“Beta berasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan ahli-ahli Malaysian Football League (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Beta terkejut dan kecewa kerana Datuk Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta menerima darjah kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) daripada beta,” titah baginda menerusi Facebook rasmi Royal Selangor Office hari ini.

Selain denda itu, mata yang diperolehi pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini turut dipotong tiga mata.

Selangor FC juga dikehendaki membayar pampasan kepada JDT atas kekalahan yang dialami sebagai tuan rumah perlawanan pembukaan dan MFL bagi kekalahan akibat penarikan diri daripada perlawanan pada 10 Mei.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda juga murka dengan keputusan terbaru MFL yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab, tanpa belas kasihan dan tidak berperikemanusiaan.

“Beta amat murka dengan keputusan terbaharu MFL ini yang beta anggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku,” titah baginda.

Selangor menarik diri daripada perlawanan Liga Super merangkap Piala Sumbangsih lima hari selepas pemain sayap mereka Faisal Halim disimbah asid di Damansara Jaya.

Berikutan ketidakhadiran mereka, MFL memberikan JDT tiga mata dan pada Selasa MFL sebulat suara memutuskan denda RM100,000 yang akan didermakan kepada pertubuhan amal.

Di samping itu Selangor FC  dikehendaki membayar pampasan kepada JDT dan MFL untuk kerugian kewangan akibat pengunduran mereka.

Susulan insiden itu Sultan Sharafuddin bertitah, Selangor FC menghantar notis kepada MFL untuk menangguhkan perlawanannya tetapi ditolak.

“Bagaimanapun MFL telah menolak permohonan penangguhan tersebut dan memberi kemenangan 3-0 serta kejuaraan Piala Sumbangsih kepada pihak lawan.

“Beta berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan,” titah baginda lagi.

“Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain.

“Beta juga amat pelik kerana MFL dan FAM tidak menunjukkan rasa simpati dan belas kasihan terhadap pihak-pihak yang teraniaya dalam isu ini.

Sultan Sharafuddin juga bertitah tidak teragak-agak menarik pasukan Selangor FC keluar dari Liga Super sekiranya baginda menjadi sebahagian daripada FAS dan kepimpinan pasukan. – The Malaysian Insight, 26 Jun 2024.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka