web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2024 8:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Polis menahan empat remaja lelaki di beberapa lokasi berbeza sekitar Teluk Intan pada Khamis, selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan antara 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa membuat laporan polis pada 12.26 tengah hari, Khamis.

"Menurut mangsa, suspek pertama dan kedua merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam kereta ketika mangsa keluar mandi-manda bersama kedua-dua suspek di kawasan air terjun Lata Kinjang, Tapah kira-kira 6.30 petang pada Rabu lepas.

"Pada 8.30 malam hari yang sama, suspek ketiga merogol mangsa ketika mangsa mengikuti suspek pulang ke rumahnya, manakala suspek keempat merogol mangsa pada 12.30 tengah malam Khamis (18 Julai) di kawasan semak. Kedua-dua kejadian berlaku sekitar Teluk Intan," katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Adnan berkata hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pertama melalui media sosial dan turut diperkenalkan kepada tiga lagi individu yang melakukan perbuatan keji itu.

Ahmad Adnan berkata kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan suspek pertama serta ketiga masing-masing berusia 16 dan 17 tahun tidak bersekolah, manakala suspek kedua serta keempat berusia 14 dan 17 tahun masih bersekolah.

Kesemua suspek berasal dari Teluk Intan dan saling mengenali antara satu sama lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Majistret Teluk Intan turut membenarkan empat remaja lelaki itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Julai untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

2

Semasa 4 hari yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS