web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Tip Membeli Barang Dapur

Apakah persediaan wajar dilaksanakan semasa membeli barang dapur supaya anda berpuas hati dan mengikut bajet yang dirancang? Di sini kami senaraikan lima tip yang wajar.

Refleksi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2024 7:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap isi rumah pasti perlu membeli barang dapur setiap bulan ataupun setiap minggu bergantung kepada keperluan. Situasi harga barang pula kini tidak menentu, kadang-kala turun dan naik secara mendadak.

Jadi apakah persediaan yang wajar dilaksanakan semasa membeli barang dapur supaya anda berpuas hati dan mengikut bajet yang dirancang?

Hari ini segmen refleksi berkongsi lima tip semasa membeli barang dapur.

Gambar: Michael Burrows, Pexels
Gambar: Michael Burrows, Pexels

Sediakan Senarai Barang 

Amalkan untuk membuat semakan stok barang dapur sebelum keluar membeli. Ia bertujuan untuk mengenal pasti kuantiti simpanan makanan yang masih tinggal dan kuantiti yang hendak ditambah sebelum keluar rumah. 

Di samping itu, dahulukan barang keperluan asas seperti minyak masak, beras, gula dan seumpamanya kerana ia merupakan antara barangan terkawal dan secara umum lebih penting berbanding yang lain. Kemudian senaraikannya dalam buku nota atau telefon pintar supaya anda tidak terlepas pandang barang yang diperlukan. 

Gambar: Jk Sloan, Unsplash
Gambar: Jk Sloan, Unsplash

Kesegaran bahan mentah

Bahan mentah merujuk kepada barang basah atau produk akhir kepada pengguna seperti ayam, ikan daging dan seumpamanya. Ia perlu disimpan di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya tidak mudah rosak dan mengekalkan kesegaran bahan tersebut. 

Walau bagaimanapun, pemeriksaan terhadap kesegaran bahan mentah perlu dibuat sebelum membeli dan memotongnya mengikut saiz yang dikehendaki. Ini bagi mengelakkan anda daripada membeli bahan mentah yang sudah rosak dari awal. 

Selain itu, pastikan tiada kerosakan pada bahan mentah tersebut seperti bahagian tulang yang patah atau permukaan daging sudah tidak berdarah dan berubah warna. Hal ini boleh menyebabkan bahan mentah tersebut cepat rosak dan tidak boleh dimakan.

Gambar:@izwan_ramlan
Gambar:@izwan_ramlan

Tarikh Luput Produk

Tarikh luput adalah tempoh masa kegunaan sesuatu barang atau makanan yang kebiasaannya tercatat di bahagian bawah bungkusan produk. Pencetakan tarikh luput sesebuah produk adalah perkara yang wajib dilaksanakan oleh pengeluar-pengeluar barang terutamanya makanan. 

Sekiranya anda hendak membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak untuk bekalan stok di rumah, pastikan anda periksa dan pilih tarikh luput yang masih panjang jangka hayatnya dari tarikh pengeluaran. Jika anda mendapati sesebuah produk dengan tarikh yang sudah luput berada di rak jualan, segera laporkan kepada pihak berwajib supaya ia tidak dibeli dan digunakan oleh pelanggan yang lain.

Gambar: Michael Burrows, Pexels
Gambar: Michael Burrows, Pexels

Perbandingan Harga Pasaran

Harga pasaran sesuatu produk biasanya berbeza mengikut pembekal. Ia juga bergantung kepada kuantiti mengikut pesanan daripada pihak peniaga bagi mendapatkan harga terbaik untuk jualan.

Jangan menjadi mangsa penipuan harga barang. Pastikan anda menyemak dan membuat perbandingan harga barang terlebih dahulu sebelum membelinya. Jika anda mendapati harga sesuatu barang jauh lebih mahal daripada tempat lain, janganlah membazir wang dan membelinya.

Namun, jika perbezaan harganya tidak terlalu banyak, ia mungkin tidak menjadi masalah yang besar (kecuali jika membeli dalam kuantiti yang banyak).

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa barang yang diisytiharkan sebagai barang kawalan seperti ayam, daging dan lain-lain sama sekali tidak boleh mempunyai nilai harga melebihi had kawalan yang telah ditetapkan.

Menjadi satu kesalahan kepada peniaga yang menaikkan harga barang kawalan sesuka hati tanpa merujuk harga semasa.

Gambar: Polina Tankilevitch, Pexels
Gambar: Polina Tankilevitch, Pexels

Sediakan duit tambahan

Amalkan untuk menyediakan duit tambahan ketika membeli barang dapur. Kadang-kala tindakan membeli barang yang tiada dalam senarai berlaku tanpa disedari. 

Jika jumlah keseluruhan harga barang yang diambil sudah melebihi bajet, mungkin agak sukar mengelakkan diri daripada mengurangkan barang dapur yang telah dipilih semasa berada di kaunter pembayaran. 

Maka, selalu pastikan anda mempunyai wang lebihan semasa proses bayaran. Malah di era digital ini, anda juga boleh menggunakan pembayaran secara dalam talian menggunakan telefon bimbit atau kad debit untuk menyelesaikan masalah ini. - Getaran, 11 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia