web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

Hukum boleh berubah, bergantung kepada cara seseorang pengguna media sosial itu menguruskan aplikasi pilihannya

Refleksi Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jul 2024 6:20PM

Gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hiburan di hujung jari membuatkan ramai di antara kita tidak dapat berenggang dengan telefon pintar masing-masing. Asal ada waktu terluang, gajet ini yang digenggam dahulu untuk menghiburkan hati. 

Antara aplikasi yang dekat di hati pengguna media sosial ialah TikTok, Instagram dan Youtube. Ini kerana aplikasi ini mempamerkan video-video menarik dan seronok untuk ditonton. 

Malah, ramai juga yang mengikuti cabaran atau trend yang sohor di media sosial, terutamanya di platform TikTok. 

@elenasalmin

TIKTOK MASHUP New April 4 2024 ๐Ÿ†•โ†—๏ธ๐Ÿ’• With Idol Ms Jingky Vibes Trends Dance For You ITS Queen On TikTok Mashup ๐Ÿ’•๐Ÿ†•๐Ÿ†• TYSM

โ™ฌ original sound - E Le Na

Persoalannya, apakah hukum memuat naik video yang mengikut trend di aplikasi TikTok? Terutamanya yang melibatkan aksi-aksi tidak sopan seperti menari dalam gaya menghairahkan atau terbuka aurat. Sama ada sengaja atau tidak disengajakan?

Merujuk laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pada dasarnya penggunaan aplikasi media sosial adalah dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan-tujuan bermanfaat. 

Hal ini bertepatan dengan kaedah:

ุงู„ุฃูŽุตู’ู„ู ูููŠ ุงู„ุฃูŽุดู’ูŠูŽุงุกู ุงู„ุฅุจุงุญูŽุฉ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฏูู„ ุงู„ุฏู‘ูŽู„ููŠู„ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุชู‘ูŽุญู’ุฑููŠู…ู

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).

Jadi, pengguna media sosial perlu bertanggungjawab apabila menggunakan mana-mana aplikasi sosial media. Dengan kata lain, anda perlu menentukan sama ada penggunaan aplikasi terbabit untuk tujuan baik atau sebaliknya. 

lni kerana hukum harus boleh berubah kepada hukum lain tertakluk kepada cara pengguna mengendalikannya. 

Berbalik kepada persoalan di atas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah menjawab kemusykilan ini. Jelas UAI, tindakan memuat naik gaya tarian di TikTok untuk tontonan umum, sama ada lelaki dan perempuan adalah makruh hukumnya jika ia tidak melibatkan perbuatan haram lain. Tetapi, ia terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.

Sekiranya ketika menari itu suatu yang haram berlaku seperti mendedahkan aurat, berpakaian ketat atau melibatkan gerakan yang menghairahkan, maka hukumnya adalah haram dan perlakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya juga berdosa kerana ia dianggap melihat perkara maksiat.

Selain itu, anda juga anda boleh ke https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/4380-irsyad-al-fatwa-siri-ke-472-hukum-bermain-tiktok untuk penjelasan lanjut. - Getaran, 12 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

2

Refleksi 2 bulan yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

8 Cara Semarakkan Cintaย 

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

7 Tip Untuk Elak Anak โ€˜Tantrumโ€™

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara