web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Tip Untuk Elak Anak ‘Tantrum’

Sedikit perkongsian untuk dipraktikkan bagi mengelakkan diri daripada menghadapi kerenah anak yang suka tantrum 

Refleksi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 8:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menghadapi tantrum anak adalah situasi yang kadangkala membuatkan ibu bapa tertekan biarpun situasi ini sudah sering berlaku terutamanya ketika anak-anak masih belum di peringkat umur bersekolah. 

Jika berlaku di khalayak ramai, ibu bapa terpaksa menanggung malu kerana pandangan orang sekeliling. Namun, tidak dinafikan ada juga ibu bapa yang mengambil pendekatan ‘buat tak tahu’. 

Sikap membiarkan anak mengamuk boleh memberi kesan sampingan yang tidak sihat untuk sesebuah keluarga. Banyak kes sawan tangis berlaku, akhirnya mengakibatkan sindrom rangsangan lemah untuk si anak. 

Tak kurang juga untuk ibu yang baru melahirkan, stres tidak cukup tidur dan tidak tahan dengan kerenah anak boleh mengakibatkan ‘gejala lupa anak’ (Forgotten Baby Syndrome) semakin meningkat. Tidak terkecuali si suami  menjadi semakin resah dan mulai bosan, lantas mengambil langkah menghabiskan banyak masa di luar atau pejabat dengan alasan mahukan ketenangan. 

Jaga pemakanan anak dan elakkan makanan segera
Jaga pemakanan anak dan elakkan makanan segera

Sedikit perkongsian untuk dipraktikkan bagi mengelakkan diri daripada menghadapi kerenah anak yang suka tantrum. Senarai ini dikumpulkan daripada beberapa laman sesawang yang boleh dipercayai.

1. Tanam Sikap Sayangkan Kanak-Kanak

Bagi pasangan yang mahu melangkah ke alam perkahwinan, tanamkan sikap sayangkan kanak-kanak. Habiskan waktu terluang melayan kerenah anak saudara atau anak-anak jiran untuk melatih diri supaya lebih sabar dan menerima kerenah anak kecil yang susah dijangka. 

2. Rancang Kehamilan

Berkomunikasi dengan pasangan secara jujur dan terbuka. Jarak kehamilan anak pertama dengan anak kedua atau seterusnya perlu ada sekurang-kurangnya tiga tahun. 

Tidakkah anda sedar bahawa si ibu dan anak kecil perlukan masa dan perhatian secukupnya sebelum menerima anugerah terindah yang baharu? 

3. Pastikan Anak Sentiasa Dalam Keadaan Bersih Dan Selesa

Anak kecil pasti tidak akan mengamuk jika semua yang diperlukan cukup. Ibu bapa perlu bangun pagi, mandikan anak dan tukar lampin anak supaya anak sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa. 

Jangan malas periksa lampin setiap satu jam untuk mengelakkan ruam panas dan perut kembung. Sikap sambil lewa ibu bapa merangsang anak untuk menjadi marah dan mengamuk tanpa sebab. 

4. Sapu Minyak Untuk Elak Masuk Angin

Petua orang dahulu perlu diambil kira. Jika tidak ada minyak untuk disapu, pastikan anak kecil di bawah umur setahun dipakaikan stokin untuk mengelakkan badan ‘masuk angin’ terutama jika banyak menghabiskan masa di kompleks membeli belah yang berpendingin hawa. 

5. Jaga Pemakanan Dan Tidur Yang Cukup

Pastikan anak cukup makan dan elakkan makanan yang dibeli di luar seperti makanan segera. Sebaiknya masak bubur nasi untuk anak di rumah. Kurangkan garam dan tidak ada bahan pengawet. 

Pemakanan yang sihat membantu perkembangan sel-sel otak si anak untuk membesar dengan sihat dan kuat. Bagi yang menyusukan anak, pastikan anak minum susu mengikut sukatan yang diperlukan. 

Selain itu anda juga harus mempunyai jadual tidur untuk si kecil. Anak kecil memerlukan tidur yang cukup untuk tumbesaran yang betul.  Dengan tidur dan rehat yang cukup, anak-anak tidak akan mudah meragam.

6. Elakkan Buaian Tidur

Latih anak sejak bayi untuk tidak bergantung pada buaian jika ingin tidur. Perkara ini memang tidak mudah kerana ibu bapa Asia sudah menganggap perkara ini adalah kebiasaan turun temurun untuk mendodoikan bayi supaya tidur.

Latih anak untuk tidur tanpa menggunakan buaian
Latih anak untuk tidur tanpa menggunakan buaian

Bagaimanapun, jika anda melatih bayi sebaik dilahirkan, tidak mustahil buaian tidak diperlukan dalam rumah anda. Ketika masih dalam tempoh berpantang, ibu atau bapa perlu rajin perbetulkan kedudukan bayi ketika dia tidur, iaitu setiap setengah jam. 

Melalui kajian yang dilakukan, kebanyakan anak yang tidak dilatih tidur menggunakan buaian, sikap mereka lebih tenang, mudah diurus dan nisbah mengamuk atau tantrum sangat rendah berbanding anak yang terbiasa tidur di dalam buaian.

7. Berbual Dengan Anak-Anak

Bagi anak-anak yang sudah pandai berkomunikasi, luangkan masa berbual-bual dengan mereka dengan baik dan lemah lembut. Jangan selesaikan masalah tantrum anak dengan memberikan gajet semata-mata.

Anak-anak perlukan kasih sayang dan perhatian. Pujuk si kecil untuk tidak memburukkan lagi keadaan. Ketahuilah ibu bapa adalah cerminan kepada anak-anak. Jika mahukan anak-anak menjadi anak yang mendengar kata, bentuklah mereka sebaiknya seperti yang kita impikan.

Moga perkongsian ini membantu anda untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik dan yakin. - Getaran, 9 Jun 2024

Foto : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN