web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

Jangan biarkan bulan Muharam yang bakal tiba berlalu sepi begitu sahaja. Berhijrahlah, bukan hanya dari segi amal ibadah tetapi juga dari seluruh aspek kehidupan.

Refleksi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2024 2:36PM

Raikanlah kedatangan Muharam dengan cara lebih baik berbanding sebelum - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Muharam yang bakal tiba kadang-kadang seperti satu bulan yang dibiarkan sepi.

Tetapi sebagai umat Islam, perlunya kita menjadikan bulan Muharam ini sebagai satu turning point kepada suatu fasa kehidupan yang lebih baik. Kerana Muharam sangat sinonim dengan peristiwa hijrah Nabi SAW dari Makkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah.

Perubahan Diri 

Namun, 'hijrah' bukan sahaja bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, bahkan hijrah dari kekufuran dan apa-apa yang menentang peraturan Allah SWT kepada mentaati dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Seperti mana firman Allah SWT:

Dari Abdullah bin 'Amru. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah."

(Hadis Riwayat Sahih Bukhari)

Sempena ketibaan tahun baharu 1446 Hijriyah ini dan kelebihan yang ada pada bulan Muharam ini, penulis mengajak kita semua bermuhasabah diri untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dengan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan melaksanakan perkara-perkara yang diperintahkan.

Walaupun ia merupakan tuntutan agama sepanjang masa, namun kepada yang ingin meningkatkan taraf kualiti kehidupan, bulan Muharam ini masa yang sesuai untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dalam segala aspek kehidupan kita.

Kepada mereka yang bekerja, boleh meningkatkan kualiti kerja dengan menambah soft skill yang sebelum ini belum pernah diceburi. Bagi yang berniaga boleh tingkatkan pendapatan dan hasil perniagaan dengan mencari sebanyak lagi ilmu marketing dari guru-guru perniagaan yang dipercayai.

Dalam masa yang sama meneruskan untuk meningkatkan taraf kualiti ibadah khusus dengan memperbanyakkan solat-solat sunat serta melazimi istiqamah mengamalkannya.

Ketua keluarga juga boleh memainkan peranan dalam mengajak ahli keluarga menjadikan tahun baru ini berubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Apa perlu perubahan semua ini kita lakukan? Jawapannya ada dalam surah Al-Anfal ayat 74 yang bermaksud:

“Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita arahan berhijrah dan ganjaran yang akan diperolehi. Maka berbahagialah mereka yang menelusuri kehidupan dengan hijrah yang sebenarnya. Kerana Hijrah yang sebenarnya merupakan manifestasi kepada menghadapi kematian.

Mereka yang percaya kepada kematian merupakan mereka yang sentiasa tersemat dirinya nilai pahala dan dosa dan akan melakukan banyak perbuatan baik semasa hayatnya untuk dijadikan bekal untuk menjalani kehidupan selepasnya.

Sebaliknya, golongan yang sentiasa lalai dan lupa serta menentang Islam, kematian akan membawa mereka ke alam barzakh yang dipenuhi azab dan seksaan Allah SWT.

Justeru, marilah kita menjadikan hijrah kita dari tahun 1445 ke tahun 1446 lebih bermakna dengan meningkatkan semangat dan azam yang baik. 

Hijrah dari perbuatan buruk kepada perbuatan yang baik, hijrah dari iman yang rendah kepada iman yang lebih baik, hijrah dengan meletakkan harapan dan seluruh kepercayaan kepada Allah SWT sama ada semasa susah atau senang dan tidak hanya menyerahkan kepada takdir sahaja.

Persaudaraan Islam

Rasulullah SAW menggunakan semangat hijrah untuk mengeratkan ikatan persaudaraan antara kaum Muhajirin yang berasal dari Makkah dan kaum Ansar dari Madinah.

Hubungan yang dibina atas asas Islam dan takwa ini akhirnya berjaya membentuk kesatuan fikrah dan kerjasama di kalangan masyarakat Arab Islam di Madinah.

Ini juga menyebabkan Madinah akhirnya terkenal sebagai salah satu bandar terkemuka yang bertamadun dan pusat perkembangan Islam.

Hijrah turut memperlihatkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat Islam yang sentiasa bantu-membantu dan berpesan-pesan kerana Allah SWT dan agama Islam.

Justeru mengambil semangat peristiwa hijrah ini, ayuh mari kita menjadi agen kepada penyatuan persaudaraan umat Islam khususnya di negara kita.

Segala perbezaan yang wujud antara sesama Muslim sewajarnya diketepikan lebih-lebih lagi kita masih lagi berada dalam situasi memerangi pandemik.

Jika tidak mampu memberi, jangan sibuk mengambil. Jika tidak mampu memberi kasih sayang, jangan sibuk menabur kebencian. Jika tidak mampu menceriakan orang, jangan sibuk membuat orang bersedih.

Jika tidak mampu membantu orang, jangan menyusahkan orang. Jika tidak mampu untuk memuji, jangan sibuk mengeji. Jika tidak mampu menegur, terimalah teguran orang lain dengan yang hati yang terbuka.

Moga segala asbab ini menjadikan kita umat Islam yang kuat berpegang kepada kesatuan dan pegangan Islam.

Amalan Berdoa Dan Berpuasa

Setibanya malam awal Muharam, di Malaysia lazimnya mengamalkan bacaan Akhir dan Awal Tahun. Kita digalakkan membaca doa ini walau di mana sahaja kita berada.

Doa yang diajarkan oleh ulama ini terkandung di dalamnya pengharapan kepada Allah SWT atas dosa dan maksiat yang dilakukan pada tahun yang lepas. Segala permohonan ini lahir dalam diri kita supaya kita mengenal bahawa kita ini adalah seorang hamba bertuhan.

Juga, umat Islam adalah digalakkan untuk berpuasa pada hari ke-10. Terdapat hadis-hadis yang menjelaskan tentang amalan dan kelebihan berpuasa pada hari tersebut yang lebih dikenali sebagai hari Asyura, seperti mana diriwayatkan dalam hadis berikut:

Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu.

“Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa.”                                                        (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Begitu juga Nabi SAW menjelaskan tentang kelebihan bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut melalui hadis berikut:

“Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa Asyura, maka Baginda bersabda: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.”                                                                (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa amalan berpuasa pada hari Asyura atau 10 Muharam merupakan sunah yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya bagi meraih ganjaran dan keberkatan dari Allah SWT secara berterusan.

Marilah kita bina kehidupan kita dengan amalan yang ikhlas dan juga sentiasa membina diri, keluarga dan kehidupan kita ini ke arah yang lebih baik.

Ayuhlah umat Islam bersama-sama mencari keberkatan dan keredaan Allah SWT, meninggalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan menjadi agen kepada penyatuan umat Islam.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati umat Islam di Malaysia. – Getaran, 6 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia