web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Cara Semarakkan Cinta 

Masalah dalam perhubungan akan mula timbul apabila masing-masing sudah tidak berusaha keras untuk membahagiakan pasangannya

Refleksi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 12:52PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perhubungan yang sihat memerlukan usaha berterusan daripada kedua belah pihak. Ijab kabul itu wajib tetapi ianya bukanlah kunci ajaib yang memastikan perhubungan akan kekal bahagia selama-lama. Ya, janjinya ‘I love you til Jannah’ tetapi hakikatnya ramai pasangan yang terpisah walaupun kedua sosok ini masih di atas bumi.

Adakah masing-masing sudah terlupa akan janji? Masalah mula timbul apabila masing-masing sudah tidak berusaha keras untuk membahagiakan pasangannya. Bak kata orang Inggeris, masing-masing sudah pandai taking things for granted, dia sudah aku punya, apa lagi perlu usaha. 

Usah ambil perhubungan sambil lewa! Sebaliknya, semarakkanlah perhubungan dengan pelbagai cara agar cinta mekar berbunga dan sentiasa bahagia. Insya-Allah. 

1. Kekal Ceria! 

Sewaktu mula-mula berjumpa, masing-masing cuba menarik perhatian pasangan dengan pelbagai cara. Ada yang gemar berjenaka, sering membuat si dia ketawa; bermuka manis umpama gula, tersenyum ceria sentiasa. Namun, mengapa setelah berumah tangga, masing-masing suka jadi mood killer

Mood kita sebenarnya mempengaruhi mood pasangan kita. Tenaga yang negatif selalunya menarik tenaga jenis yang sama. Jadi, carilah jalan untuk kekal ceria, bercerita perkara positif yang menggembirakan, simpan jenaka untuk dikongsi bersama, dan jangan lupa tersenyum ketika bersama suami/isteri tercinta kerana tiada siapa yang suka melihat muka masam umpama cuka.   

2. Cipta Matlamat Bersama 

Bila sudah berumahtangga, suami isteri perlu bergerak dalam satu unit, bukan kau buat urusan kau, aku buat urusan aku. Ruang peribadi dan masa bersendiri itu perlu ada tetapi adalah amat penting bagi pasangan untuk mencipta matlamat bersama agar semangat kebersamaan itu kekal terjalin dalam perhubungan. 

Sebagai contoh, kedua-duanya merancang untuk berdiet Keto bersama supaya kurus dan sihatnya juga bersama. Pasangan juga boleh merancang untuk memperkukuhkan kewangan keluarga bersama seperti mensasarkan RM10,000 sebagai simpanan tahunan keluarga. Atau, ada yang ingin memperkukuhkan ketakwaan kepada Allah bersama-sama. 

3. Cubalah Sesuatu Yang Baharu

Membuat perkara yang sama berulang kali pastinya membosankan. Semarakkan perhubungan dengan mencuba sesuatu yang baharu lagi mengujakan. Ajak pasangan untuk mencuba sesuatu yang belum pernah diteroka. 

Untuk melakukan ini, masing-masing memerlukan perlukan keterbukaan dan pasangan yang sporting kerana jika tidak, ini akan mengundang pertengkaran kerana seorang mahukan A dan seorang lagi tidak menyenangi A. Janganlah sentiasa merancang aktiviti dengan rakan di luar sehingga pasangan sendiri bosan sendirian di rumah. 

4. Tunjukkan Kasih Sayang Dengan Bahasa Cinta Yang Digemarinya 

Tahukah anda bahasa cinta si dia? Bukan semua bahasa cinta itu sama. Ada yang suka mendengar lafaz-lafaz cinta seperti ‘I love you’, ada yang rasa dihargai dengan perbuatan seperti membantu melakukan sesuatu, ada yang menyukai sentuhan, gemar dibelai-belai, dan ada yang merasakan mereka dicintai dengan pemberian buah tangan. Jadi pasangan anda menggunakan bahasa cinta yang mana satu? 

Jika anda merasakan pasangan anda tidak menggunakan bahasa cinta yang didambakan, berkomunikasilah dengan jelas tentang apa yang anda perlukan daripada dia. Jangan pula selepas diberitahu anda tidak ambil serius bahasa cinta kerana ini akan memberikan impak emosi yang negatif jika tidak dipeduli. 

5. Intim itu Penting!

Merentas masa, bentuk tubuh kita semakin berubah, tenaga masing-masing juga semakin berkurangan, tanggungjawab tugas dan keluarga bertambah, keinginan kepada satu sama lain juga mungkin berubah dan tidak sehebat dahulu. Namun, ini tidak bermakna pasangan harus membiarkan keintiman merudum begitu sahaja. 

Berusahalah untuk menyemarakkannya kerana kalau bukan dia yang mampu menggembirakan anda, lalu siapa? Seks itu penting tetapi bermesra dan berkasih sayang serta memastikan masa yang kualiti bersama-sama itu juga tidak kurang pentingnya dalam menyemarakkan suasana. 

6. Zahirkan Penghargaan Terhadap Usaha Masing-Masing 

Berapa kerap para suami mengucapkan terima kasih kepada isteri yang menyediakan makanan harian? Berapa kerap pula para isteri menzahirkan penghargaan kepada suami yang berhempas pulas mencari rezeki. 

Janganlah hanya mengucap terima kasih bila menerima kejutan hadiah hari lahir. Setelah isteri menggosokkan baju, ucapkan terima kasih. Nampak suami kemas tandas, puji dan hargai. Lafazkan penghargaan sekerap mungkin kerana kata-kata penghargaan ini akan menambat kasih antara pasangan.  

7. Maaf Dan Lupakan

Ramai yang tidak rela untuk ‘forgive and forget’ apabila sesuatu kesalahan dilakukan oleh pasangannya. Lebih ramai yang mengambil pendekatan menyakitkan hati sendiri dan pasangannya. Setiap kali berlaku perselisihan faham, perkara yang sama akan diungkit berulang kali, diguna sebagai senjata. 

Kemampuan untuk ‘maaf dan lupakan’ ini akan menjadikan perhubungan lebih sihat dan mampu berkembang ke satu tahap yang lebih baik. Memang lebih senang mengungkap maaf dan lupakan berbanding melakukannya, tetapi terus-terusan menghukum dan mengingati perkara yang sudah berlaku hanya akan memburukkan keadaan. 

8. Berbincang Tentang Masa Depan

Begitu penting untuk setiap pasangan berbicara tentang masa depan agar keduanya jelas tentang matlamat masing-masing. Di manakah anda berdua melihat diri anda dalam 10 tahun akan datang? Berapa orang anak yang dirancang? Adakah anda akan travel the world bersama? Ke mana? Bila kita nak pergi umrah? Bila kita nak beli rumah? 

Merancang masa depan akan membuatkan masing-masing teruja untuk bersama kerana anda boleh membayangkan kehidupan bersama sehingga ke tua, til jannah, insya- Allah. - Getaran, 21 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Indeks Zakat Piawaian Baharu Pelaburan Beretika

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Berjoget Di TikTok, Apa Hukumnya?

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN